Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
"SPONTAN"
A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"
Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"
Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
"AWAN DANIA : MUSIM 1"
Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
"RENJIS MUSIM 2"
Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
"RONA RONI MAKARONI"
Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
"MERTUA VS MENANTU"
Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
The story tells the tale of 3 friends who travel to the city of Kuala Lumpur in search of fulfilling their dreams. Mazlan, Azlee and Wahid dreams of being a famous person one day in the big city. They travel to Kuala Lumpur to audition being the best comedian in the nation. Unfortunately they were met with so many obstacles that have stopped them from moving forward.The most unbelievable thing that happened to them was being apprehended by the police because they looked similarly like the group of robbers who had committed a series of big robbery. They are very worried as to the audition is just days away and they are still locked up in the jailhouse and they haven't done any preparation for the audition. But, with their patience and determination they were finally freed and manage to make it for the audition. BUT, Will they ever get to participate and will they fulfill their dreams? Cast : Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Fauziah Nawi, Zaibo, Shamsul Ghau Ghau, Illya Buang, Ropie, Zulhuzaimy, Julia Hana, Eizlan Yusof, Osman Kering
Saleha tinggal bersama ibunya Mak Intan dan adiknya Radiah.Dia juga menjual nasi lemak di warungnya setiap hari. Mak Intan yang kematian suami selalu bersendirian. Radiah pula bekerja sebagai GRO tanpa pengetahuan Saleha. Saleha yang juga menjaga Lina,anak Azman berasa kecewa apabila Azman menerima bulat-bulat apabila orang kampung menyatakan ibunya gila dan adiknya bermasalah. Lakonan pemenang Anugerah Skrin TV3 2008 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik, Ogy Ahmad Daud, Zamarulhisham, Fauziah Nawi.
Rancangan komedi baru arahan Saifuk Apek menemui anda setiap Isnin, 10.35mlm. Menampilkan Along dan Angah dari Raja Lawak selain Saiful Apek sendiri sebagai pelakon utama.
Drama ini mengisahkan tentang penuntut kursus fesyen di sebuah kolej bernama Nani. Nani (Farah) memegang watak gadis kampung yang masih mengamalkan budaya kampung. Nani selalu diejek oleh rakannya kerana tidak pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Namun, Nani bernasib baik kerana mempunyai kawan rapat yang mana wataknya dipegang oleh Isma Yusoof.Apakah kisah seterusnya, sama-sama kita nantikan! ) Lakonan Farah Diana, Isma Yusoof, Farah Ayla
Latiff, a famous but lonely photographer who was orphaned as a small child, sets out on an expedition to photograph abandoned houses around Malaysia. On his journey he is haunted by images and sounds that remind him of his traumatic childhood. At one particular house on the island of Penang he is transported back through time to witness the shocking events that took place in the house over 50 years ago. Through his experience, Latiff understands the tragic circumstances that led to him being orphaned and also finds an old friend. Starring : Vanida Imran, Ramli Hassan, Samantha Schubert, Zahim Albakri, Bob Mercer, Paula Malai Ali, Elaine Daly
Kisah ini mengenai seorang pelakon muda yang baru hendak bertapak dalam industri filem ditawarkan berlakon. Dia memang terkenal dalam drama-drama sebelum ini. Akan tetapi dia amat 'demanding' dan terlalu sombong sehingga la suatu hari dia didatangi jelmaan P.Ramlee yang cuba mengajarnya cara-cara berlakon dgn lebih baik dan mantap. Lakonan Que Haidar, Shoffi Jikan, Jue Aziz, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid, Musly Ramlee, Hans Isaac, Afdlin Shauki, Din Beramboi dan ramai lagi...
Inspirasi P Ramlee mempersembahkan Babak 4 Madu Tiga yang mengisahkan Jamil yang berkahwin tiga dan banyak perkara melucukan berlaku apabila Jamil terpaksa membohongi isteri-isterinya untuk melepaskan diri. Lakonan Afdlin Shauki, Rosnah Mat Aris, Aida Aris, Emelda Rosmila, Piee.
Drama ini mengisahkan Aisah yang begitu meminati lagu 50 sen dendangan Remy. Aisah yang terencat akal membuat ibu bapanya risau. Ibu bapanya cuba mencari jodoh untuknya akan tetapi tiada yang ingin berkahwin dengannya. Pada suatu hari, ibu bapa Aisah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tinggallah Aisah seorang diri menjalani kehidupannya. Saksikan sepenuhnya kisah Aisah ini. Lakonan Azean Irdawaty, Dato Aziz Sattar, Allahyarhamah Yusni Jaafar, Jalil Hamid, Eizlan Yusof dan Jalaluddin Hassan
Drama ini mengisahkan Wawa (Nabila Huda) yang keluar dari rumah setelah berselisih faham dengan mamanya (Vanida Imran). Perwatakan dan personaliti Wawa juga berubah selepas itu dan dikenali dengan nama Kid. Kid berkawan rapat dengan Dira (Memey Suhaiza) dan ini membuatkan Jeff (Enot) berasa cemburu dengan Kid. Tiba-tiba berlaku pembunuhan mama Kid dan dia disyaki membunuh. Apakah yang berlaku seterusnya dan apakah rahsia yang Kid simpan? Saksikan sepenuhnya. Lakonan Nabila Huda, Vanida Imran, Ako Mustapha, Memey Suhaiza, Enot, Fahrin Ahmad dan Khir Rahman
Semenjak dari kecil lagi, Tam digelar oleh budak-budak Parit Botak sebagai Tam Gosok. Ini kerana Tam telah ditugaskan untuk menggosok periuk oleh ibunya yang berniaga di warung makan. Disaksikan oleh dua orang sahabat karibnya, Iman dan Bob, Tam telah menanam cita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli muzik dan penyanyi. Malangnya, impian Tam tidak mendapat sokongan ibu dan bapanya, Jenab dan Dollah. Tam tidak patah semangat, malahan dia tidak berhenti berusaha sehingga terciptalah lagu 'Gosok' yang diilhamkan sewaktu dia sedang menggosok periuk. Berbekalkan 'demo tape' lagu ciptaannya, Tam dan Iman menuju ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita masing-masing. Akhirnya Iman berjaya menjadi seorang pelakon, tetapi bagaimana pula dengan Tam?
Filem ini diarahkan oleh Aziz Jaafar dan diterbitkan pada tahun 1987. Filem ini dibintangi oleh Yusof Haslam, Sabree Fadhil, Noreen Noor, Aznah Hamid, Julie Dahlan, Hisham Ahmad Tajudin
Filem ini diarahkan oleh Datuk Aziz Sattar dan diterbitkan pada tahun 1984. Filem ini dibintangi oleh Norlida, Liza Abdullah, Raffi Hussain, Ismail Hutson, Norehan Yaacub, Osman Zailani, M.Rajoli
Filem ini diarahkan oleh Malek Selamat dan diterbitkan pada tahun 1980. Filem ini dibintangi oleh Wahid Satay,Yusni Jaafar, Mak Enon, Rahim Jailani, Fauziah Ahmad Daud, Ruminah Sidek, Param, Zahari Zabidi
Filem arahan Datuk Jamil Sulong ini diterbitkan pada tahun 1979. Filem ini dibintangi oleh A.R Badul, Ibrahim Pendek, Noorkumalasari, S.Shamsuddin dan Norlia Ghani
Filem arahan A,R Badul ini diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh A.R Badul, Nassier Wahab, Ibrahim Din, Julie Dahlan, Farida Fasya, AR Ayappan, Mahmud June
Filem ini diterbitkan pada 1981 dan diarahkan oleh Dato Aziz Sattar. Filem ini dibintangi oleh Aziz Sattar, Ibrahim Pendek, S. Shamsuddin, Mahmud June, A. R. Badul, Raja Ismail dan Aznah Hamid.
Filem ini diterbitkan pada tahun 1990 arahan A.R Badul. Filem ini dibintangi oleh AR Badul, Mustapha Kamal, Sidi Oraza, Yusni Jaafar, Rozie Rashid, Yastie, Zami Ismail
Filem ini diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan pada tahun 1978. Filem ini dibintangi oleh A.R Badul, Yusni Jaafar, Hussein Abu Hassan, Benjamin S,R. Jaafar, Normadiah, Datuk Mahmud June, Mak Enon, Yahya Sulong, Hamid Gurkha
Filem ini diterbitkan pada tahun 1986 dan diarahkan oleh A.R Badul. Filem ini dibintangi oleh AR Badul, Dewi Jacquelina, Liza Abdullah, R. Jaafar, Ibrahim Din, AK Jailani, Ghazali Sumantri, Mahyon Ismail, Bibi Yem
Filem ini diarahkan A.R Badul dan diterbitkan pada tahun 1989. Filem ini dibintangi oleh A.R Badul, Raja Noor Baizura, M.Rajoli, Wak Sir, Azie, Norshuhaiba.
Filem ini diterbitkan pada tahun 1990 dan diarahkan oleh Datuk Aziz Sattar. Filem ini dibintangi oleh Mr.Os, Ochee, Sheila Rusly, Din Glamour, Acappan, Datuk Aziz Sattar, Normadiah, Dharma Harun
Filem arahan Othman Hafsham ini diterbitkan pada tahun 1983. Filem ini dibintangi oleh Azmil Mustapha, Julie Faridah, Susan Lankester, Dato' Yusof Haslam, Noraini Hashim, Azmi Mohamad, Omar Abdullah, M.Rajoli, Ahmad Tamimi Siregar, Yasmin Yusof, Mokhtar Dahari ,A.R Ayappan, Sani Sudin, Imuda
Marah-marah Sayang (1987)diarahkan oleh Johari Ibrahim. Dibintangi oleh Ebby Saiful, Norlida Ahmad , Dato Shah Rezza, Isma Aliff, Liza Abdullah, Suhaina Yahya
Filem ini diterbitkan pada tahun 1983 dan diarahkan oleh M.Amin. Filem ini dibintangi oleh A.R. Badul, Hussein Abu Hassan, Maria Arshad, Sukarni Jaafar, Yahya Sulong
Filem ini diterbitkan pada tahun 2000 dan diarahkan oleh Aziz M. Osman. Filem ini dibintangi oleh Hairie Othman , Umie Aida, Farid Amirul, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Wahid (Senario), M. Osman, Sherie Merlis, Rambo Chin.
Filem arahan Z.Lokman ini diterbitkan pada tahun 1990. Filem ini dibintangi oleh Salih Yaccob, Ziela Jalil, Kuza, Latif Ibrahim, Hamid Gurkha, Sidi Oraza, Rosnah Mat Aris, Zain Yahya
Filem ini diarahkan oleh A.R Badul dan diterbitkan pada tahun 1989. Filem ini dibintangi oleh Mr.Os, Ziela Jalil, Isma Aliff, Sheila Rusly, Hussein Abu Hassan
Filem ini diarahkan oleh Mr. Os dan diterbitkan pada tahun 1989. Filem ini dibintangi oleh Mr. Os, Imuda, Rozie Rashid, Ibrahim Pendek, Din Glamour, Raffi Hussain
Filem ini diarahkan oleh A.R Badul dan diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh A.R Badul, Rosnah Mohd Noor, Noreen Noor, Rosnah Johari, Ismail Hutson, Maideen, Yusni Jaafar, Sheila Rusly
Filem ini diterbitkan pada tahun 1988 dan diarahkan oleh A.R Badul. Filem ini dibintangi oleh A. R . Badul, Yusni Jaafar, Datuk Mahmud June, Norlida, Sheila Rusly, Ennie Sulastri
Filem ini diarahkan oleh Dato Aziz Satar dan diterbitkan pada tahun 1983. Filem ini dibintangi oleh Aman Shah, AR Badul, Lydiawati, Mahmud June, M. Rajoli, Nora Shamsuddin
Filem ini diterbitkan pada tahun 1981 dan diarahkan oleh Datuk Jins Shamsuddin. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsudin, A. Rahim, Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam, Dali Abdullah, Samsudin Baslah
Filem ini diterbitkan pada tahun 1986 dan diarahkan oleh Datuk Aziz Sattar. Filem ini dibintangi oleh Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin, Nasir P.Ramlee, Datuk Mahmud June, Norlida, M.Rajoli
Filem animasi ini diterbitkan pada tahun 2007 dan diarahkan oleh Anwardi Jamil. Filem ini menggunakan suara artis antaranya Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin, Mohd Hasrul Syafiq, M. Hafidzuddin Mahmudi, Eric Fuzi, Shafique Danial, Al-Rusydi, Sabri Yunus, Mohd Rahim Dalmia, Vanidah Imran, Mat Over, Isma Aliff
Filem ini diarahkan oleh Z.Lokman dan diterbitkan pada tahun 1991. Filem ini dibintangi oleh Raja Ema, Salih Yaccob, Jasmin Hamid, Didie Alias, Mr.Os, Hussein Abu Hassan, Raja Noor Baizura, Fetty Dzul
Filem ini diterbitkan pada tahun 1989 arahan Z. Lokman. Filem ini dibintangi oleh Yusof Hamid (OS), Salleh Yaacob, Norlida Ahmad (Connie), Din Glamour, Hussein Abu Hassan, Ibrahim Pendek, M. Rajoli, Hilal Azman, Rose Hashim, Ronnie Kee, G. T Ganesh, Ayang, Zahari Ismail, Norhaniza Jalal, Wah Chye, Chandran, Bazaee, Ah Yau
Filem ini diterbitkan pada tahun 1981 dan diarahkan oleh Dato Hj Rahim Razali. Filem ini dibintangi oleh Dato' Haji Rahim Razali,Noor Kumalasari,Ahmad Yatim,Ahmad Tamimi Siregar,Ogy Ahmad Daud,Noriah Abdullah,Dato' S.Roomai Noor,Datin Hajah Umi Khaltum
"Tidak kira siapa anda, di mana anda berada, ada 'Champion' di dalam diri anda"Sood dipaksa oleh emaknya supaya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan (jaga) setelah gagal bertahan di tempat-tempat kerja sebelum itu, tetapi sekali lagi dia berhenti apabila terjumpa hantu di tempat kerjanya. Nasib malangnya berakhir apabila dia bertemu Ah Kit, seorang jaguh snuker pada suatu masa dahulu, sebelum tangannya dipatahkan oleh Tam Chong, dan isteri Ah Kit pula meninggal dunia akibat terpijak bola snuker. Setelah bertemu Sood, Ah Kit kini pasti bahawa Tam Chong dapat dikalahkan. Walaupun Sood mulanya tidak yakin, tetapi kawan-kawan karibnya, Sentol dan Man Kok, serta teman wanitanya, Su tidak putus-putus memberikan sokongan. Adakah Sood akan berjaya? Saksikan perjalanan hidup Sood yang penuh dengan aksi-aksi kelakar di dalam Champion. Lakonan : Saiful Apek, Bob Ku2, Aku Kaya, Raja Azura
Kisah yang berlaku dalam masa sehari yang berlegar antara perompak dengan mangsanya. Tiga beradik (lakonan Afdlin, Wahid dan Syanie) terjebak dalam dunia rompakan kerana kesempitan hidup. Pada hari yang sama ketika mereka bertiga sedang merancang sebuah rompakan, mereka bertembung dengan seorang pencopet (Yassin) yang dikejar polis kerana mencuri beg duit milik Apek. Bimbang ditangkap, mereka bertiga melarikan diri bersama-sama Yassin dan Apek ke hutan. Bermula dari pelarian itulah, pelbagai insiden menarik dan lucu berlaku... Lakonan : Afdlin Shauki, Syanie,Wahid Senario, Saiful Apek, Yassin Senario
Mahani bertunang dengan Zainal, tetapi impian mereka musnah untuk mengakhiri zaman bujang di jinjang pelamin. Lakonan Rosyam Nor, Fauziah Latif, Wan Maimunah, Afida Es dan Ismail Yaacob.
Seorang ahli perniagaan yang telah bercerai telah bertemu dengan wanita idamannya, tetapi niatnya menguji keimanan wanita tersebut telah disalahertikan wanita itu. Lakonan Eman Manan, Watie dan Nadia Mustapha.
Seorang isteri tidak mahu menerima hakikat mempunyai suami yang cacat. Hati kerasnya meninggalkan suami dan anaknya demi mengejar kebahagiaan yang diidamkan. Lakonan Rosyam Nor, Umie Aida, Fauziah Nawi dan Faizal Hussin.
Hati ibu tidak dapat berbohong apabila melihat kebahagiaan anak menantunya dan akhirnya merestui perkahwinan mereka. Lakonan Fauziah Nawi, Jasmin Hamid, Azri Iskandar.
Perkahwinan yang diatur keluarga tidak bahagia apabila suami dihukum gantung kerana menjual dadah. Si anak lahir tanpa keikhlasan hati ibunya, lalu meninggalkan anaknya itu bersama ibu tua di kampung. Apakah nasib anak itu? Saksikan lakonan Wati, Adik Maisara, Normah Damanhuri dan Roy Azman.
Perkahwinan seorang anak yang tidak direstui akhirnya direstui ibunya setelah bertahun lamanya. Lakonan Rosyam Nor, Ida Nerina, Normah Damanhuri, Aripah Damanhuri, M. Jamil dan Maimon Mutalib.
Kepulangan Syawal ke kampung setelah dibebaskan disambut dengan kasih sayang orang tersayang, kakaknya Teh dan kekasih hati Som. Tetapi iri hati ibu Som terhadap Teh menyebabkan hubungan cinta mereka tidak kesampaian. Adakah Som ditakdirkan untuk Syawal? Saksikan sehingga babak terakhir telefilem lakonan Rosyam Nor, Vanida Imran, Fauziah Nawi, Jalil Hamid, Maimon Mutalib dan Yalal Chin.
Menceritakan tentang seorang gadis bernama Juwita, bekas Ratu Cantik Malaysia 1994 dan model terkenal yang busuk hatinya. Oleh kerana terlalu taksub dengan kecantikan dirinya dan tidak mahu kulitnya berkedut, Juwita mengamalkan ilmu hitam dengan harapan suaminya sentiasa mencintainya. Dengan berjumpa dengan bomoh dan memberikan nasi kangkang kepada suaminya, Juwita menjadi lebih disayangi oleh suaminya, Halim. Lakonan Adi Putra dan Fasha Sandha.
Seorang suami telah hilang rasa cinta pada isterinya kerana isterinya tinggal berasingan dengannya hampir 1 setengah tahun. Rasa cinta mula berputik apabila dia menemui seorang wanita dalam keadaan dia sebenarnya berniat mahu berbuat sesuatu yang tidak baik pada wanita itu. Adakah cintanya kesampaian? Atau cintanya tersimpan sahaja dalam hati? Lakonan Zaefrul Nordin, Elly Mazlin dan Rozita Che Wan.
Kisah pergolakan rumah tangga setelah suami berkahwin kali kedua. Sehingga anak-anak terabai akibat leka dengan isteri barunya. Lakonan Que Haidar, Norkhiriah, Lisdawati, Wan Maimunah dan Irma Hasmie.
Kisah seorang banduan yang menghadapi saat-saat ke tali gantung. Lakonan Eman Manan, Azri Iskandar, Radhi Khalid, Sahrolnizam Noor, Safura, Yasmin Isa, Ellie Suriaty, Fauziah Nawi.
Fearlessness will be required if you are to attempt to watch Brave, an action-comedy starring Thai stuntman Mike B. and Malaysian comedian Afdlin Shauki.
Shaky, handheld camera work and fast-motion film speeds obscure the gritty stuntwork being performed by Mike B., an action film veteran who has worked as a stunt double and choreographer. He performs some acrobatic, hard-hitting feats, and has a cheeky charm that could go a long way with better production values.
Poor dubbing in the Thai release is another distraction. Particularly bad is the looping of Malaysian co-star and co-director Afdlin, who is paired up with a voice-over artist that proves to be annoying match.
The film opens with Mike B., wearing a suit-and-tie, spectacles and Converse All-Stars, going to an office building, ostensibly to apply for a job. But speaking to him through his Bluetooth headset is someone giving him instructions. He's supposed to get some data from a credit card company in the building. After bluffing his way past the guards, he calls in some orders for pizza and chicken delivery while riding the elevator. These will later serve as diversions. He then launches into his first fight scene, laying waste to an office full of workers, who all must be taking advantage of the company gym. A couple of female receptionists even know taekwondo!
So far so good. He eventually makes his way into the head office, grabs the executive, Lita (Supaksorn Chaimongkol) and copies the data to a USB rubber wristband. He then eludes the security guards and police.
The whole thing is a set-up. Bee, as he's called, has been forced into stealing the data in order to free his brother or cousin or friend (it's never really clear what the relationship is), played by Afdlin. The rotund comic is suspended on a rope, tied to some oxygen cylinders, with bomb strapped to him. After a bit of motorcycle stuntwork, Bee makes a big leap to latch on to his friend, only to find Tong has wet his pants. The moisture is causing the bomb's timer to short circuit. And there are more pee-based jokes to come. Anyway, the guys get out of it.
From there, it is difficult to stay involved with what is going on or why things are happening the way they are, though through the shaky camerawork and editing there are enough visual flourishes from Mike B. to occasionally make things interesting. In one of the most dramatic scenes, he appears to leap off the top floor of an unfinished hi-rise, grab a piece of reinforcment bar and swing onto the floor below.
A bad guy named Kovit (Sahaschai Chumrum) appears to be the mastermind behind the scheme, and he sends a never-ending stream of various thugs after Bee. Among them are limber stuntman Dean Alexandrou as a former friend of Bee, who performs a great backflip over Bee in a setpiece on a fishing boat. Boxer Don Ferguson chips in, in a longer fight sequence towards the end.
Mike B and Afdlin share an easy chemistry, but whether it truly works or not is difficult to determine, because of the horrible dubbing.
Shining through the proceeds is actress Supaksorn "Kratae" Chaimongkol, whose character, the credit card exec Lita, goes through the full range of emotions. For all the physical acrobatics of Mike B., Supsakorn's character has as many ups and downs, contributing to a decent twist in what passes for the plot.
Filem ini mengisahkan empat remaja Malaysia mewakili setiap kaum ingin menubuhkan sebuah kumpulan muzik di Kuala Lumpur. Dalam usaha tersebut, mereka menemui banyak ranjau, sehinggalah menemui konsep irama yang mampu mengangkat nama kumpulan mereka. Lebih membanggakan kumpulan itu mengetengahkan muzik terkini dengan unsur alat muzik tradisi.
Harry Lee, the protagonist, returns to KL with news that he has failed in his studies. His autocratic, typically Chinese father is disgusted, and Harry leaves home after a major argument with him. Western-influenced, Harry has faith neither in religion, nor in his mixed-up Chinese roots. He does not have the same ambitions his father had for him: what Harry really wants to do is form a dance-music band and land a major recording deal. Deep down, Harry is determined to prove that he is no "failure". Yati, Harry's childhood friend, is a modern city girl in her early 20s. Although Yati adopts a fashionable lifestyle, she has been raised to believe in her Malay culture and Muslim religion, both of which are under threat in this fast-developing country. Once upon a time, Yati used to sing Syair (traditional Malay poetry). Her personal perspective is a balanced one; she observes her religious rites, but is in no way a fanatic. Harry forms a new band, which comprises Yati, Chantal (a glamorous Eurasian singer), Ariff (a gay keyboard player) and JJ (an Indian percussionist and tabla player). Harry is having an affair with Chantal, an ex-stewardess, the kind of woman first-class passengers give Rolex watches as gifts in the hope of securing a date. Chantal, meanwhile, is on a single-minded quest for fame and fortune, and will do almost anything to get there. Yati wants to warn Harry about Chantal, but is afraid to get involved, as she herself has feelings for him. She realizes it will not be an easy mix if they get together: different ethnic groups, contrasting faiths - Yati and Harry are like two 'gasing', spinning around each other, hoping not to collide
Cast: Ellie Suriaty ... Yati Craig Fong ... Harry Lee Corinne Adri ... Chantal Edwin R. Sumun ... Ariff Sanjeet Jarnail ... JJ Hani Mohsein ... Azri Rosyam Nor ... Zainal Frankie Lee ... Tai-ko Jalaluddin Hassan ...
Trivia : Versi asal Spinning Gasing pada mulanya telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Pengharaman filem ini ditarik balik selepas ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia.
Untuk tayangan di pawagam Malaysia, terdapat 25 adegan yang tidak diluluskan. Rayuan untuk mengurangkan jumlah potongan telah ditolak oleh LPF. Antara babak yang ditapis: Adegan pencegah maksiat menyerbu hotel; Yati dan Harry berendam di dalam laut; Adegan dan dialog lucah & sensitif.
Untuk versi cakera padat video, filem ini telah diluluskan sepenuhnya tanpa sebarang tapisan.
Zurina, seorang gadis kampung yang beperwatakan lembut, cantik dan menarik pernah menjadi mangsa aniaya bapa tiri dan kekasihnya. Apabila Zurina ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di ibu kota, kehidupannya serta-merta berubah. Kerana dendamnya terhadap lelaki, dia berjanji dengan dirinya untuk menggoda dan membakar jiwa setiap lelaki yang dikenalinya. Zurina menggunakan kecantikan yang dianugerahkan kepadanya untuk menggoda lelaki. Perbuatannya itu menyebabkan puluhan lelaki menjadi mangsa. Salah seorang daripada mangsa godaan itu telah kecewa dan terlibat dengan dadah lalu meninggal dunia. Rakan mangsa, Hanif muncul untuk membalas dendam terhadap semua perbuatan Zurina terhadap kawannya itu.
Lakonan : Zarina, Khai, Farid Kamil, Irma Hasmie, Pierre Andre, M. Rajoli, Khatijah Tan, Dynaz, Bob, Adam
Bilik No.13 yang memasuki siri ke dua siarannya mengajak penonton terutama peminat drama bersiri misteri, seram dan suspen tempatan menghayati garapan jalan cerita pengarah Anwardi Jamil yang pastinya menjanjikan kelainan kerana penonton bukan sekadar menonton malah turut sama memikirkan jalan cerita seterusnya penyudah kisah-kisah yang diangkat daripada pesakit-pesakit psikologi ini.
Kekasihku Seru yang menggabungkan unsur mistik dan kisah cinta ini mengisahkan Waris (Hairi Othman) yang tidak boleh melepaskan cintanya jika dia hendak hidup untuk selama-lamanya. Waris sudah mati 100 tahun yang lalu tetapi dihidupkan Mastura (Emelda Rosmila). Untuk sentiasa hidup selama-lamanya, Waris mesti mengahwini waris Mastura turun temurun. Kehidupan Waris selama ini bergantung kepada keturunan Mastura zaman berzaman. Sementara itu, Marissa hanya mengetahui dirinya anak angkat selepas kematian ibunya. Berbekalkan surat yang dijumpai dalam peti simpanan ibunya, Mastura cuba menjejaki siapakah ibunya yang sebenar dan mengapa dia diberi kepada keluarga angkatnya. Dia kemudian bertemu pasangan adik beradik Mas Suri (Umie Aida) dan Mas Ayu (Kuza) di sebuah rumah penuh misteri. Dua beradik ini mempunyai perangai berbeza.
Hasad dengki menguasai diri dan dendam beraja di hati memusnahkan hubungan sahabat baik. Peristiwa hitam terjadi namun ianya sudah terlambat, tiada guna disesalkan. Lakonan Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda, Ezany, Emelda Rosmila, Dato' Jalaludin Hassan, Roslan Salleh, Wan Maimunah dan Hamidah Wahab
Seorang gadis liar terpaksa berkahwin dengan si penggali kubur disebabkan bapa kepada anaknya menghilangkan diri setelah gadis itu disahkan mengandung. Si penggali kubur seorang miskin harta tetapi kaya dengan cinta. Lakonan mantap Nasir Bilal Khan dan Sheila Rusly.
Hidup seorang yang tiada pegangan agama berubah apabila dia terlanggar seorang lelaki Islam hingga mengakibatkan kematian. Apakah yang mengubah pandangannya terhadap Islam? Siapakah yang mendorongnya? Saksikan lakonan Jason Chong, Elly Mazlin, Norman Hakim, Adik Maisara, Fazlina Dato' Ahmad Daud dan Faizal Yusof.
Kesinambungan dari Tabir Suci setelah kematian ibu-bapa mereka. Dijaga oleh nenek saudara, Nora masih meneruskan plan jahat untuk memiliki seluruh kekayaan yang ditinggalkan oleh mak angkatnya setelah mak angkatnya meninggal dunia. Apakah niat jahat Nora diberi pembalasan? Tontonlah lakonan Raja Azura, Fauziah Nawi dan Tam.
Kesinambungan dari Takbir Suci 2. Adakah Nora benar-benar menyesali perbuatannya terhadap anak-anak saudaranya? Saksikan lakonan mantap Raja Azura, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Tam dan Farish Aziz.
Mengisahkan kegagalan seorang Imam mendidik isteri dan anak-anaknya. Ujian Allah SWT untuk hambaNya yang taat pada perintahNya. Saksikan balasan yang diterima oleh isteri dan anak-anaknya pada malam hari raya. Lakonan M. Rajoli, Wan Maimunah, Fasha Sandha, Norlia Ghani
Seorang ibu terpisah dengan anaknya selama 25 tahun apabila suaminya melarikan anak mereka. Apakah harapan untuk bertemu dengan anaknya itu tercapai? Lakonan hebat Ogy Dato' Ahmad Daud, Elly Mazlin, Fahrin Ahmad, Azean Irdawaty dan Azizah Mahzan.
Taufik diberhentikan kerja kehilangan semua harta miliknya akibat tiada sumber pendapatan untuk menanggung kehidupan bersama seorang anaknya. Apakah nasib Taufik berakhir dengan bekerja di jalanan? Saksikan kesudahan hidup Taufik yang diuji Allah SWT, adakah pintu rezeki masih terbuka untuk Taufik? Lakonan Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Maimon Mutalib
Al-Kausar mengisahkan seorang lelaki yang telah insaf setelah mendapat hidayah Ilahi. Rahsianya pada zaman mudanya terbongkar bila anaknya nak berkahwin. Dapatkah anak dan isterinya menerimanya? Lakonan M. Rajoli, Datuk Sarimah Ahmad, Wan Maimunah, Zulhuzaimy dan Nisdawati.
Mak Esah seorang tua yang hidup sendirian, sering difitnah sebagai pengamal ilmu hitam. Kesusahan yang dihadapi olehnya membuatkan Rahim, duda yang baru kematian isteri untuk memperisterikan Mak Esah untuk mengelakkan Mak Esah difitnah dan dicerca orang kampung. Lakonan Nasir Bilal Khan, Datin Rosnani Jamil, Sidek Husin, Fazura dan Aqasha.
Seorang anak berusaha mencari ibu kandung dan keluarga ibunya yang terpisah sejak dia dilahirkan. Pertemuan dengan ibunya membongkar asal-usul keluarganya. Saksikan lakonan Fazlina Dato' Ahmad Daud sebagai Siti Aisyah, seorang anak solehah kepada Siti Fatimah lakonan Safura Yaacob.
Mencari Syurga mengisahkan isteri pertama mengizinkan suaminya berkahwin kali kedua dan ketiga, malangnya isteri ketiga tamak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri. Saksikan drama yang penuh dengan pengajaran akibat tidak tahu menghargai dan menilai kasih sayang. Lakonan Ellie Suriaty Omar, Fauziah Nawi, Norlia Ghani dan Nasir Bilal Khan.
Kisah penderhakaan seorang anak terhadap ibu bapa diberi balasan sepanjang hidupnya dan kesusahan yang dihadapi ketika menguruskan jenazahnya hingga ke liang lahad. Lakonan Zamarul Hisham, Zaefrul Nordin, Kartina Aziz dan Abu Bakar Juah.
Cerekarama yang memenangi Drama Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin TV3 2007. Kisah tentang seorang wanita yang ditangkap kerana mengedar dadah. Lakonan hebat Sofea Jane, Sheila Rusly, Mas Idayu dan Faizal Hussin.
Cerita penuh pengajaran tentang seorang Islam yang hidup hanya atas nama Islam sahaja. Saksikan kesusahan demi kesusahan yang dialami keluarga si mati apabila menguruskan jenazahnya hingga ke liang lahad. Lakonan Azean Irdawaty, M. Rajoli dan Tarmimi Siregar.
Mengisahkan tentang Adi dan Yus yang bersahabat baik. Adi berkahwin dengan Rima atas pilihan ibunya. Suatu hari Adi kerja luar dan mengamanahkan Yus untuk menengok Rima sepanjang ketiadaannya. Apakah yang terjadi sepanjang ketiadaan Adi? Saksikan lakonan hebat Norkhiriah, Aqasha dan Zulhuzaimy.
Sesungguhnya apabila Dia mengkehendaki sesuatu maka hanya berkata kepada Nya 'Jadilah!' maka terjadilah ia. Maka Maha Suci Allah yang ditangan Nya kekuasaan atas segala dan kepada Nya lah kamu dikembalikan. [Yaasin:82-83]. Takdir telah tertulis bahawa seorang ibu akan kehilangan anak lelakinya. Lakonan Shah Eizy Sham, Wan Maimunah, Rachman Abadi
Seorang banduan, Adam sedang menantikan keputusan rayuannya dari tali gantung akibat disabitkan bersalah membunuh isterinya yang curang dan juga teman lelakinya. Tanpa pengetahuan Adam, dia mempunyai seorang anak hasil perkahwinan sebelumnya dengan Hawa. Anaknya pula disahkan mengidap leukimia dan memerlukan pemindahan tulang sumsum dari satu-satunya harapan iaitu ayahnya yang merengkok dipenjara, membilang detik dijatuhi hukuman. Lakonan Eman Manan dan Azizah Mahzan.
Telefilem ini mengisahkan perjuangan seorang isteri untuk kembali ke pangkal iman. Lakonan Pelakon Wanita Terbaik ASA 2005 & ASTV3 2006, Safura Yaacob.
Telefilem menyayat hati tentang dendam seorang anak yang dibawa hingga ke mati. Lakonan Datuk Sarimah Ahmad, Nasir Bilal Khan, Ellie Suriyati Omar dan Raja Azura.
Kisah tentang hidup seorang buta yang berharap dapat melihat semula. Pertemuan dengan seorang lelaki di masjid merubah hidupnya. Lakonan Shaheizy Sam, Beego, Zila Bakarin dan Yasmin Haron
Kisah tentang Pak Man dan Pak Abu yang bersahabat karib berhajat berkahwin lagi apabila kematian isteri. Jodoh mereka dengan anak dara tua iaitu Salmah dan Salbiah (adik-beradik). Kehidupan mereka bahagia tetapi sebenarnya di belakang mereka, Kak Ton dan Ajis sedang memusnahkan kebahagiaan mereka. Akibat mendengar cerita orang, tanpa usul periksa Salmah menuduh adiknya Salbiah dan Pak Man menghalau Pak Abu keluar dari rumahnya. Apakah kesudahannya? Saksikan lakonan Ida Nerina, Ellie Suriaty Omar, Sidek Husin, Jalil Hamid, Azean Irdawaty, Rusdi Ramli dan Zulhuzaimy.
Ikuti perjalanan hidup Rahmat dalam sehari yang penuh dengan dugaan dan sarat dengan pengajaran. Rintangan demi rintangan dihadapi Rahmat sewaktu perjalanannya untuk mendapatkan susu untuk anaknya, Ana. Lakonan Eman Manan, Juhara Ayob dan Shaharudin Thamby.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya, tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."[Al-Imran:185]
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia. Dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu, lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan harapan."[Al-Kahfi:46]
Walau sebanyak mana dugaan dan permasalahan, sebuah perkahwinan tetap harmoni apabila ianya berlandaskan kejujuran dan dimulakan kerana Allah Taala. Lakonan Yus Waisar, Norkhiriah, Maimon Talib dan Nasir Ali.
Selimut Putih mengisahkan seorang ibu yang hidup terabai kerana tidak dipedulikan oleh si anak yang terlalu mengikut cakap isteri. Ketika orang kampung mengusung jenazah ibu melalui rumah si anak, dia tidak menyedari jenazah itu adalah ibunya sendiri. Lakonan Rusdi Ramli, Rita Rudaini, Norlia Ghani
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hitamnya Hati mengisahkan pengorbanan yang dilakukan seorang ibu dan adik kepada kakak yang cacat bernama Suri. Walaupun Suri cacat, tetapi Suri memiliki hati yang hitam. Ibu dan adiknya, Norma membanting tulang mengumpulkan wang untuk pembedahan muka Suri. Namun wang masih tidak mencukupi. Kekasih Norma, Malik membantu untuk meringankan beban keluarga Norma. Selepas pembedahan, Suri mengatakan perasaannya terhadap Malik kepada Norma. Demi kebahagiaan Suri, Norma meminta Malik melupakannya dan mengahwini Suri demi cinta mereka. Apakah yang terjadi selepas itu? Adakah hidup Suri bahagia?
Drama hebat arahan Rashid Sibir lakonan Ellie Suriaty, Raja Azura, Mariani dan Zulhuzaimy.
Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu." "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh."
Ya Allah Ya Rahman, sesungguhnya Engkau telah pertemukan aku dengan seseorang yang mana telah mencuri hatiku untuk mencintainya. Ya Allah, sekiranya ini dugaan-Mu untuk menguji kekuatan hatiku ini, aku redha untuk menerima petunjuk-Mu. Ya Allah Ya Rahman, berilah petunjuk kepada hamba-Mu ini untuk memilih keputusan yang terbaik. Makbulkanlah doaku Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Mengisahkan Awatif yang berkahwin dengan Amir tidak diterima ibunya kerana Awatif seorang anak luar nikah. Amir pula menghidap leukimea tahap akhir. Kematian Amir berganti dngan kelahiran anaknya, Alif. Arif, adik Amir menjaga anak sedaranya walaupun pada mulanya Arif tidak menyukai Awatif. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Lama-kelamaan perasaan cinta terbit dari lubuk Arif. Saksikan pengorbanan Awatif terhadap Arif dan apakah ibu Arif menerima Awatif buat kali kedua? Lakonan Emelda Rosmila, Zamarul Hisham, Faizal Yusof dan Maimon Mutalib.
Farid, seorang bapa yang membesarkan dua orang anak istimewa setelah isterinya, Zarina enggan menjaga anak tirinya itu dan meminta cerai disebabkan mereka tidak dikurniakan anak. Apakah yang terjadi kepada Zarina? Adakah perbuatannya yang enggan menjaga anak Farid yang istimewa itu diberi pembalasan oleh Tuhan? Apakah balasan yang diterima Zarina? Sama-samalah kita hayati pengajaran yang disampaikan. Lakonan Zizie Ezzette, Helmi Husaini, Mahmud Ali Bashah, dan Darling Ngasri.
Fiona dibesarkan mengikut cara barat oleh kedua ibu-bapanya. Ibu-bapanya ingin Fiona melanjutkan pengajian di luar negeri, tetapi Fiona menolak atas alasan Fiona ingin belajar di Malaysia dan ingin merasa hidup dikelilingi orang Melayu. Fiona meminta untuk tinggal sendiri, dan akhirnya diizinkan ibu-bapanya. Fiona tinggal di apartment bapanya, dan menyewakan bilik pada Siti, seorang pelajar di kolej yang sama dengan Fiona. Daripada Siti, Fiona mempelajari ilmu agama yang tidak pernah diajarkan oleh ibu-bapanya sendiri. Fiona mengaku bahawa dirinya sangat jahil dan perlukan bimbingan. Perubahan yang berlaku atas diri Fiona setelah mendapat Hidayah Ilahi sangat mengejutkan ibu-bapanya. Sebagai anak yang solehah, Fiona berdoa di tanah suci agar ibu-bapanya mendapat Hidayah Ilahi. Apakah yang terjadi pada Fiona? Dapatkah Fiona membimbing ibu-bapanya? Saksikan drama yang pasti mengalirkan air mata keinsafan setiap insan.
Lakonan Zizie Ezzette, Syukri Hashim, Susan Lancaster.
Ibu, Insan yang bertarung nyawa melahirkan kita, Jangan sesekali dilukai hatinya, Walau ada ketikanya, Kata-katanya menghiris perasaan, Anggap ia sebagai satu khayalan. Mengisahkan seorang ibu yang amat nazak dalam saat-saat akhir hidupnya. Kesusahan yang dihadapinya itu disebabkan peristiwa silam, dimana dia menganggap anak perempuannya sebagai pembawa sial. Ikutilah kisah Siti, yang tidak mampu balik menjenguk ibunya disebabkan takut menjadi anak derhaka kerana berpegang kepada kata-kata ibunya itu. Lakonan Rashidi Ishak, Safura Yacob, Fadil Dhani, Zainab Osman.
Kisah seorang anak muda yang dikejar kumpulan Ah Long kerana gagal membayar wang pinjaman. Sehinggalah pertemuannya dengan seorang alim yang sedang bermusafir seorang diri. Anak muda itu menggelar mereka berdua sebagai musafir kerana situasi mereka sama. Apakah yang terjadi dengan anak muda selepas pertemuan itu? Siapakah orang alim yang dipanggil 'Tok Guru' oleh anak muda itu? Saksikan lakonan Nasir Bilal Khan dan Danny X-Factor ini.
Friendship is not a game to play, It is not a word to say, It doesn't start on December and ends on August, It is tomorrow, yesterday, today and everyday.