F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY


Laila dan Sari adalah dua puteri bunian dari kerajaan Buni Tujuh yang mempunyai jurang perbezaan dan sering bercanggah pendapat di antara satu sama lain. Berbanding dengan Laila yang agresif dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya, Sari lebih rasional dan mengambil berat mengenai perasaan orang yang disayangi.

Sari mula dikejutkan dengan berita daripada ayahandanya yang memutuskan untuk mengahwinkan Laila dengan Maharaja Jati dari kerajaan Buni Tiga. Sari cuba menasihati Laila agar tidak terburu-buru dengan persetujuannya terhadap perkahwinan itu, apatah lagi Laila bakal dikahwinkan dengan lelaki yang tidak pernah dikenali. Laila langsung tidak mempedulikan nasihat Sari, jauh sekali memikirkan mengenai cinta kerana dia mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk menjadi Maharani Buni Tujuh. Kerana risaukan keputusan Laila, Sari bertemu dengan ahli nujum istana bagi mendapatkan tilikan. Tilikan ahli nujum mendapati Laila bakal dikaburi dengan sikap gila kuasa. Kelak dia akan bertukar menjadi seorang maharani yang kejam sehingga mengakibatkan kesengsaraan terhadap kedua-dua kerajaan Buni Tiga dan Tujuh. Demi kesejahteraan rakyat dan rasa sayangnya pada Laila, Sari bersetuju dengan cadangan ahli nujum untuk membuang Laila ke suatu tempat yang jauh dari kerajaan mereka.

Laila bersama dayangnya, Putih mendapati bahawa mereka telah berada di bumi. Mereka bertemu dan mendapat bantuan Izwan, seorang jejaka budiman yang mempunyai impian untuk menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan bagi anak yatim. Namun Izwan sering dihimpit kesusahan kerana diganggu along yang ingin mengutip hutang arwah bapa saudaranya.

Bersama Izwan, Laila mengharungi pengembaraan baru di bumi. Laila perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang tanpa diketahui akan menemukannya dengan erti cinta yang belum pernah dialami. Dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Erry Putra, Tam Suhaimi dan ramai lagi.

0 comments
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update