"JONGKANG JONGKIT"

Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
title

"SPONTAN"

A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
title

"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"

Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
title

"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"

Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
title

"AWAN DANIA : MUSIM 1"

Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
title

"RENJIS MUSIM 2"

Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
title

"RONA RONI MAKARONI"

Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
title

"MERTUA VS MENANTU"

Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
title

Music Video Of The Week

F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY
Showing posts with label Nadia Mustafar. Show all posts
Showing posts with label Nadia Mustafar. Show all posts

Los dan Faun (2008)

Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman. Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat. Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut. Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio. Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?

Jangan Tegur (2009)


Jangan tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Kamal mencuba pelbagai cara termasuk meminta bantuan Ustaz untuk mengubati dan memulihkan semangat Natasya. Natasya pula tanpa pengetahuan Kamal telah pergi menyiasat punca kematian Baizura dan kenapa Baizura selalu muncul dalam mimpinya.

Penyiasatan Baizura berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk. Apakah Natasya mampu mengatasinya dan apakah punca kematian Baizura?

Apa Kata Cinta?

Seorang ahli perniagaan yang telah bercerai telah bertemu dengan wanita idamannya, tetapi niatnya menguji keimanan wanita tersebut telah disalahertikan wanita itu. Lakonan Eman Manan, Watie dan Nadia Mustapha.


This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update