Jangan tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Kamal mencuba pelbagai cara termasuk meminta bantuan Ustaz untuk mengubati dan memulihkan semangat Natasya. Natasya pula tanpa pengetahuan Kamal telah pergi menyiasat punca kematian Baizura dan kenapa Baizura selalu muncul dalam mimpinya.
Penyiasatan Baizura berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk. Apakah Natasya mampu mengatasinya dan apakah punca kematian Baizura?
Total Visitors
Subscribe via email
Labels
Blog Archive
I made this video playlist at myflashfetish.com
akk dah tgk citer ni..
boleh tahan gak seram citer nih terutama masa jenazah nenek yg
tiba2 bangun..siap akk menjerit tu..hehehe
akk bg 4 bintang.
Posted on July 11, 2009 at 10:11 PM
kak shie...
sy tgk cite ni kat wayang...
scene nadia mustafar kena kaco ngan jenazah nenek dia tu yg paling takut..babak2 lain tak menakutkan..cuma sound efek jer yg watkan takut...bukan jalan cerita tu yg takut...bg sy cite ni tak sehebat jangan pandang belakang..:D
Posted on July 12, 2009 at 7:42 AM