F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY

Lakonan sulung Mawi gagal?

Friday, September 4, 2009

Lakonan sulung Mawi gagal?


DARI kiri, Cat Farish, Fara dan Mawi yang menjadi antara penggerak utama filem Jin Notti.


BAKAL menemui penonton di 60 buah pawagam seluruh negara pada 20 September ini, filem terbaru terbitan KRU Studios, Jin Notti, sememangnya memberi seribu satu pengalaman baru buat beberapa insan yang menjadi antara tunjang utama filem tersebut.

Selain dua pelakon utamanya iaitu Mawi dan Fara Fauzana, pengarahnya iaitu Azhari Zain pasti tidak sabar menanti untuk mendengar segala pandangan penonton sementelah ini merupakan filem pertama arahannya.

Bagi Mawi pula, Jin Notti merupakan ujian pertama beliau dalam gelanggang perfileman.

Begitu juga dengan Fara. Meskipun sudah biasa berhadapan dengan kamera, lakonan dalamJin Notti disifatkan penyampai radio Hot FM ini sebagai cukup mencabar.

Sebagai filem pertama yang memberikannya peluang melakonkan watak utama, dia perlu melakonkan tiga karakter berbeza iaitu Ruby (gadis remaja Punk), Y'vonne (wanita berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam bela).

Bagaimanapun, filem yang menelan bajet lebih RM1 juta itu boleh dikategorikan dijangka mengundang pelbagai reaksi.

Ada juga yang mengkritik percubaan Mawi kurang menjadi kerana lakonannya agak kaku.

Benar, ini percubaan pertama penyanyi itu, tetapi Mawi seharusnya mengambil peluang ini untuk menghasilkan satu impak yang dapat dikenang sampai bila-bila.

Mengangkat latar cerita seorang gadis jin bernama Notti lakonan Fara, ada beberapa babak dalam filem ini yang dilihat meleret-leret selain penonjolan lawak yang kurang segar untuk 'menggeletek' hati penonton.

Sebagai contoh, apakah perlu Nabil (Raja Lawak) memasukkan unsur-unsur filem Sifu & Tongga ke dalam Jin Notti?.

Begitu juga kepada Cat Farish yang memegang watak Jinbara. Perlakuannya yang sering mengorek pusat menggunakan jari bukanlah sesuatu yang lawak tetapi mampu menimbulkan rasa jijik.

Babak pergaduhan membabitkan Mawi yang melakonkan watak Aziz dan Corie (Taiko) dalam sungai turut dilihat seakan tidak natural.

Sungguhpun begitu, di sebalik ruang lingkup yang boleh diperbaiki, sekalung tahniah buat produksi filem ini kerana berjaya membangkitkan suasana 'alam' jin menerusi teknik imej janaan komputer (CGI).

Paling menarik tatkala Notti yang ketika itu pengsan, telah bermimpi dan bertemu dengan ayahnya di sebuah lokasi yang cukup indah melalui penghasilan CGI.

Menurut sutradaranya, Azhari, meskipun berpuas hati dengan filem arahannya itu, dia mengakui, masih baru dalam dunia pengarahan.

Mengharapkan kritikan membina daripada pelbagai pihak, Azhari mengambil sikap menerima segala teguran itu untuknya memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

"Yang pertama adalah satu eksperimen. Saya percaya kepada kritikan yang membina. Insya-Allah saya tidak akan rasa lemah dengan kritikan itu.

"Saya juga bersyukur kerana diberikan peluang oleh KRU untuk mengarahkan Jin Nottiwalaupun masih baru sebagai pengarah.

"Buat filem jika tidak ada kritikan, sudah tentu saya tidak akan dapat belajar untuk memperbaiki kelemahan,'' katanya ketika ditemui pada tayangan perdana Jin Notti di Cathay Cineplexes, Cineleisure, Damansara, baru-baru ini.

Ujar Azhari, Jin Notti mempunyai kekuatan untuk menarik penonton terutamanya kepada peminat Mawi dan Fara.

Jelasnya, filem tersebut meskipun mengambil genre komedi sebagai teras, ia terselit satu kritikan sosial.

Edry berpuas hati

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Jin Notti, Edry Abdul Halim yang turut hadir pada tayangan perdana itu menyatakan rasa puas hati terhadap hasil kerja Azhari itu.

Meletakkan sasaran kutipan jualan tiket melebihi RM4 juta, Edry berkata, Jin Notti sesuai ditonton oleh seisi keluarga dengan menampilkan banyak mesej berguna.

"Selain itu kemunculan Mawi dan Fara yang boleh dianggap sebagai 'orang baru' yang diberi peranan utama dalam filem merupakan satu lembaran baru buat karier mereka.

"Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan filem ini,'' tambahnya lagi.

Selain Mawi, Fara, Cat Farish dan Corie, Jin Notti turut dibintangi Bob Lokman selaku Jin Samsu, Adibah Noor (Sofea Jin), Acappan (Jingam), Hafidzuddin Fazli (Nesti), Sazzy Falak (Zulu), Sheila Mambo (ibu Zulu), Betty Banafe (peguam) dan David Teo (ketua kongsi gelap).

Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur.

Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin.

Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman.

Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby, Y'vonne dan Sharifah.

Bagaimanapun, dalam menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontoni Jin Notti yang bakal ditayangkan 20 September ini sempena sambutan Aidilfitri.

Bagi KRU Studio, pastinya mereka berasa bangga kerana Jin Notti menjadi pilihan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang secara tidak langsung ia merupakan filem pertama tajaan syarikat berkenaan.

Sebagai penaja, TM menawarkan kandungan media online eksklusif Jin Notti melalui Hypp.TV, rakan kongsi online rasmi filem berkenaan.

Antara kandungan menarik di Hypp.TV ialah visual di sebalik tabir pembikinan Jin Notti dan video muzik lagu tema Seumur Hidup nyanyian Dafi.

0 comments
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update