F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY

Layar Ria : Sutun 1

Wednesday, October 15, 2008



Kisahnya Sutun ini pasal Adik, seorang budak lelaki lembut. Di sekolah kena buli dengan budak-budak jantan. Di rumah kena pukul dengan bapak yang malu anaknya lembut. Disebabkan jantan-jantan tulen ini (termasuk bapaknya sendiri) tidak mahu terima dia, maka dia berkawan dengan budak pompuan dan rapat dengan ibunya (kerana mereka menerima dia). Pergaulan dengan pompuan telah melembutkan lagi Adik yang telah sedia lembut. Satu hari ada seorang budak jantan, Shuq, yang mahu berkawan dengan Adik. Maka budak-budak jahat telah membuat fitnah bahawa Shuq dan Adik adalah pasangan gay. Sampaikan Ustaz kat sekolah pun terpengaruh. "Mintak maaf cakap ya ustaz, golongan pandai agama ni tahu nak menghukum saja, bukan nak membetulkan!" kata seorang cikgu pompuan yang simpati dengan Adik. Cikgu pompuan yang cun ini turut menjadi faktor mengapa aku tonton drama ini sampai habis. Akibat tak tahan dengan fitnah, Shuq pun tak mahu berkawan dengan Adik. Adik berasa sangat tertekan. Satu hari Adik berjumpa dengan seorang Abang Lembut (aku dah lupa namanya) yang baru pulang dari kota. Abang Lembut ajar Adik pakai lipstick dan pakai wig. Abang Lembut juga ajak Adik cari makan di kota. Satu hari tu, Adik lari dari rumah. Pergi lorong belakang nak jadi pondan. Nasibnya baik sebab ada seorang pondan tua (lakonan Aziz Sattar) menasihatkan dia supaya balik. Dia pun balik. Bapaknya yang insaf menyambutnya dengan linangan air mata. Ada sekali tu, budak jahat yang selalu buli Adik lemas kat sungai. Adiklah yang pergi menyelamatkan budak tu. Last-last ada scene bapak Adik menangis di kubur, ingatkan Adik mati, rupa-rupanya mak Adik mati 15 tahun kemudian. Adik dah besar, dah kahwin. Masa credit title keluar, ada perbualan telefon antara Adik dengan mamat-yang-selalu-buli-dia-tapi-dia-selamatkan itu. Mamat tu kata: "Anak aku lembut macam kau!" (mungkin nak tunjuk kat kita balasan Tuhan?). Adik suruh mamat tu datang ke kliniknya (mungkin nak beritahu kita yang Adik jadi doktor? baca: orang lembut juga boleh berjaya)


0 comments
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update