Filem ini mengisahkan empat rakan karib yang terdiri dari Farah, Husin, Adam dan Hamidah telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun telah berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik. Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta. Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim yang merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor yang agak ‘clumsy’. Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah beberapa pakaian cantik supaya kelihatan lebih menyerlah di pertemuan itu nanti. Bagaimanapun Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah. Selain Husin, teman wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan akrab Farah dan Adam. Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan perasaan yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-citanya mendapatkan Husin. Berjayakah Hamidah melaksanakan niat buruknya menghapuskan Farah teman akrabnya yang menjadi pilihan hati Husin? Siapakah gerangan jejaka bertuah pilihan Farah? Halim, Husin atau Adam?
The movie is based on the relationships of four friends – Farah, Husin, Adam and Hamidah – who promise to meet again 10 years after their graduation. A decade later, Farah is a successful photographer, Hamidah is an entertainment magazine columnist, Husin has become a cameraman and Adam is a music tutor. A comedy of errors follow when the bunch, who each has personal problems, meet in Pulau Langkawi. Farah’s busy schedule does not permit her to fall in love, though she is acquainted with Halim, a bright but bumbling lawyer. Then there’s Husin who has sacrificed much while taking care of his paralysed mother. Hamidah, on the other hand, has long fancied Husin, and dresses to kill for the reunion and does everything she can to attract his attention. As for Adam, he has a jealous girlfriend in Aleya who is envious of the close ties between her beau and Farah, though the duo’s relationship is purely platonic.
Cast : Nasha Aziz, Saiful Apek, Hans Isaac, Shanie
Total Visitors
Subscribe via email
Labels
Blog Archive
I made this video playlist at myflashfetish.com