Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
"SPONTAN"
A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"
Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"
Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
"AWAN DANIA : MUSIM 1"
Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
"RENJIS MUSIM 2"
Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
"RONA RONI MAKARONI"
Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
"MERTUA VS MENANTU"
Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
Seorang anak yang tidak mahu hidup dalam kemiskinan, telah meninggalkan ibu dan bapanya hidup miskin di kampung. Kepulangannya setelah berpuluh tahun amat dinantikan ibunya. Lakonan Fauziah Nawi, Jalil Hamid, Eman Manan, Zulhuzaimy dan Jasmin Hamid.
The story tells the tale of 3 friends who travel to the city of Kuala Lumpur in search of fulfilling their dreams. Mazlan, Azlee and Wahid dreams of being a famous person one day in the big city. They travel to Kuala Lumpur to audition being the best comedian in the nation. Unfortunately they were met with so many obstacles that have stopped them from moving forward.The most unbelievable thing that happened to them was being apprehended by the police because they looked similarly like the group of robbers who had committed a series of big robbery. They are very worried as to the audition is just days away and they are still locked up in the jailhouse and they haven't done any preparation for the audition. But, with their patience and determination they were finally freed and manage to make it for the audition. BUT, Will they ever get to participate and will they fulfill their dreams? Cast : Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Fauziah Nawi, Zaibo, Shamsul Ghau Ghau, Illya Buang, Ropie, Zulhuzaimy, Julia Hana, Eizlan Yusof, Osman Kering
Hasad dengki menguasai diri dan dendam beraja di hati memusnahkan hubungan sahabat baik. Peristiwa hitam terjadi namun ianya sudah terlambat, tiada guna disesalkan. Lakonan Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda, Ezany, Emelda Rosmila, Dato' Jalaludin Hassan, Roslan Salleh, Wan Maimunah dan Hamidah Wahab
Al-Kausar mengisahkan seorang lelaki yang telah insaf setelah mendapat hidayah Ilahi. Rahsianya pada zaman mudanya terbongkar bila anaknya nak berkahwin. Dapatkah anak dan isterinya menerimanya? Lakonan M. Rajoli, Datuk Sarimah Ahmad, Wan Maimunah, Zulhuzaimy dan Nisdawati.
Mengisahkan tentang Adi dan Yus yang bersahabat baik. Adi berkahwin dengan Rima atas pilihan ibunya. Suatu hari Adi kerja luar dan mengamanahkan Yus untuk menengok Rima sepanjang ketiadaannya. Apakah yang terjadi sepanjang ketiadaan Adi? Saksikan lakonan hebat Norkhiriah, Aqasha dan Zulhuzaimy.
Kisah tentang Pak Man dan Pak Abu yang bersahabat karib berhajat berkahwin lagi apabila kematian isteri. Jodoh mereka dengan anak dara tua iaitu Salmah dan Salbiah (adik-beradik). Kehidupan mereka bahagia tetapi sebenarnya di belakang mereka, Kak Ton dan Ajis sedang memusnahkan kebahagiaan mereka. Akibat mendengar cerita orang, tanpa usul periksa Salmah menuduh adiknya Salbiah dan Pak Man menghalau Pak Abu keluar dari rumahnya. Apakah kesudahannya? Saksikan lakonan Ida Nerina, Ellie Suriaty Omar, Sidek Husin, Jalil Hamid, Azean Irdawaty, Rusdi Ramli dan Zulhuzaimy.
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hitamnya Hati mengisahkan pengorbanan yang dilakukan seorang ibu dan adik kepada kakak yang cacat bernama Suri. Walaupun Suri cacat, tetapi Suri memiliki hati yang hitam. Ibu dan adiknya, Norma membanting tulang mengumpulkan wang untuk pembedahan muka Suri. Namun wang masih tidak mencukupi. Kekasih Norma, Malik membantu untuk meringankan beban keluarga Norma. Selepas pembedahan, Suri mengatakan perasaannya terhadap Malik kepada Norma. Demi kebahagiaan Suri, Norma meminta Malik melupakannya dan mengahwini Suri demi cinta mereka. Apakah yang terjadi selepas itu? Adakah hidup Suri bahagia?
Drama hebat arahan Rashid Sibir lakonan Ellie Suriaty, Raja Azura, Mariani dan Zulhuzaimy.
Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin. Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli motosikal baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi. Suatu hari, Madi dicabar Spark dan mereka beradu kecekapan. Malangnya, Madi kalah. Lebih mengharukan, Madi dipukul dan motosikal kesayangannya dibakar...
Ayie ialah seorang anak muda yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Ayie amat gemar dengan sukan bermotor iaitu lumba kereta, Ayie sering melibatkan diri dengan perlumbaan kereta haram dan melepak bersama 2 orang rakan baiknya iaitu Loyai (rakan kolej) dan Amran (mekanik kereta). Ayie sering ditegur oleh abangnya, Johari yang telah menjaganya semenjak ibubapanya meninggal dunia. Johari mengusahakan sebuah bengkel kereta di mana tempat Amran bekerja. Suatu ketika dahulu, Johari seorang pelumba Rally profesional tetapi telah berhenti kerana tidak mahu adiknya mengikut jejaknya.
Ayie juga begitu terkenal di kalangan pelajar-pelajar kolej, Ayie telah terserempak dengan seorang freshie ( Eva Liana) yang begitu cantik dan telah menarik perhatiannya. Kosentrasi Ayie lebih kepada Eva, Ayie sudah mula kurang untuk berlumba dan melepak dengan rakan-rakan. Suatu hari Loyal didatangi Ray, seorang pusher dan terkenal dengan aktiviti haramnya. Ray ingin mencabar Ayie dalam satu perlumbaan Drag tetapi Ayie telah menolak kerana Ayie sudah ada temu janji dengan Eva Liana. Tanpa pengetahuan Loyal, Amran telah bertemu dengan Ray untuk menerima pelawaan Ray dengan mempertaruhkan wang sebanyak RM5,000.00.
Pada hari yang dijadualkan, maka berlangsunglah perlumbaan antara Amran dan Ray. Berita kekalahan Amran telah diketahui Loyai. Loyai dan Ayie sama-sama mencari Amran kerana mereka tahu bahawa Amran berada di dalam bahaya. Dalam pada mereka berbincang, Ray tiba untuk memukul Amran dan Amran yang panik telah melarikan diri dengan keretanya. Berlakulah adegan kejar mengejar di antara mereka, keadaan bertambah tegang apabila polis peronda melihat mereka membawa kereta begitu laju dan telah mengejar mereka. Ketika cuba melarikan diri daripada di kejar polis Amran telah terbabit dalam kemalangan, Ayie yang melihat kejadian tersebut cuba menyelamatkan Amran tetapi Amran tidak dapat diselamatkan dan Ayie telah ditahan atas tuduhan memandu secara berbahaya di jalan raya.
Johari kecewa dengan kejadian yang menimpa Amran dan Ayie. Di balai, Johari telah didatangi Maria, polis undercover yang telah lama mengikuti aktiviti Ray. Mereka berbincang dan satu cara sahaja yang boleh menyelamatkan Ayie. Polis meminta Johari mengaturkan perlumbaan dengan Ray untuk menangkap Ray dan Johari telah meminta pertolongan Loyai untuk mengaturkannya. Johari yang sudah lama berhenti berlumba telah berlatih semula dengan bantuan Loyai. Adakah rancangan mereka untuk menangkap Ray berjaya?
Dalila dan Muslim yang baru berkahwin telah berpindah ke sebuah apartment baru. Paksaan untuk berkahwin telah membuatkan Dalila rasa tertekan. Saat inilah, syaitan durjana memainkan peranannya menghasut perasaannya agar melakukan sesuatu di luar batas manusia.
Atas perancangan rapi, kereta Muslim telah bertembung dengan lori yang menyebabkannya koma. Dalam komanya, Muslim dihantui oleh kejadian-kejadian pelik yang seperti benar-benar berlaku. Setelah sedar dan dibenarkan pulang, Muslim cuba menceritakan kepada Dalila igauan komanya itu. Dalila cuba mengelak daripada mendengarnya dengan memberikan pelbagai alasan. Namun apa yang dilalui Muslim dalam koma mula menjadi nyata apabila sekali lagi beliau cuba dibunuh, tetapi dapat diselamatkan oleh Ana, seorang anak istimewa.
Apakah kejadian-kejadian pelik yang dialami Muslim dalam komanya? Apa tindakan Muslim seterusnya? Bagaimana dengan Dalila? Adakah syaitan akan terus berjaya menghasut makhluk yang bernama manusia???? Saksikannya dalam filem SYAITAN
Lakonan : Rosyam Nor, Lis Dawati, Que Haidar, Zul Huzaimy, Noorkhiriah, Kushairi, Liyana Jasmay, Ellie Suriati, Azri Iskandar
Zulaikha and Wira have had a long romantic relationship with each other since they were very young. Currently Zulaikha is pursuing her studies abroad whereas Wira is conducting his business agendas. It's at this point of time destiny crosses their lives. Wira normally has his breakfast at this particular cafe where Jamilah works who happens to be Zulaikha's old schoolmate. Their brief meeting blossomed into a more serious relationship when Wira was chosen as a lucky regular customer to join the celebration of the cafe's 3rd anniversary. Wira eventually made Jamilah his girlfriend filling in the spare time that he has while Zulaikha is away.
Friendship is not a game to play, It is not a word to say, It doesn't start on December and ends on August, It is tomorrow, yesterday, today and everyday.