Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
"SPONTAN"
A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"
Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"
Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
"AWAN DANIA : MUSIM 1"
Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
"RENJIS MUSIM 2"
Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
"RONA RONI MAKARONI"
Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
"MERTUA VS MENANTU"
Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.
Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.
Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.
Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Nantikan kemunculan ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.
Antara pelakon filem Histeria: 1) Liyana Jasmay sebagai Murni 2) Scha sebagai Alissa 3) Norisnainy (pendatang baru) sebagai Kerek 4) Ainul Aishah (pelakon ‘Nana Tanjung’) sebagai Marina 5) Yanna (Newcomer) sebagai Junita 6) Talya (pelakon series ‘bong’) sebagai Tini 7) Reana (pernah berlakon dalam filem Prof. Razak Mohaiden) sebagai Zeta 8) Adiputra sebagai Mr. Brandon 9) Kazar (pelakon drama Susuk) sebagai ‘tukang Kebun’ 10)Vanida Imran sebagai ‘ustazah’ 11)Adlin Aman Ramlie sebagai ‘cikgu Disiplin’ 12) Adman Salleh sebagai Guru Besar 13) M. Rajoli sebagai Bomoh 14) Ramli Hassan (pelakon utama filem The Red Kebaya) sebagai Psychiatrist 15) Namron sebagai Police Detective
Kisah mengenai seorang wanita yang berkahwin dengan bangsa asing dan mengamalkan cara hidup yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam. Lakonan Ziana Zain, Fahrin Ahmad, Vanidah Imran.
Kisah hidup seorang playboy yang menamatkan zaman bujangnya dengan sebuah perkahwinan. Apakah yang terjadi dalam perkahwinan mereka? Saksikan lakonan Fahrin Ahmad, Umie Aida, Vanida Imran dan Azhar Sulaiman.
Seorang bapa yang begitu tegas dalam mendidik anak-anaknya sehingga hidup anak-anaknya menjadi rosak. Lakonan Jalil Hamid, Norlia Ghani, Fahrin Ahmad, Vanida Imran, Ezani dan undangan M. Rajoli.
Latiff, a famous but lonely photographer who was orphaned as a small child, sets out on an expedition to photograph abandoned houses around Malaysia. On his journey he is haunted by images and sounds that remind him of his traumatic childhood. At one particular house on the island of Penang he is transported back through time to witness the shocking events that took place in the house over 50 years ago. Through his experience, Latiff understands the tragic circumstances that led to him being orphaned and also finds an old friend. Starring : Vanida Imran, Ramli Hassan, Samantha Schubert, Zahim Albakri, Bob Mercer, Paula Malai Ali, Elaine Daly
Drama ini mengisahkan Wawa (Nabila Huda) yang keluar dari rumah setelah berselisih faham dengan mamanya (Vanida Imran). Perwatakan dan personaliti Wawa juga berubah selepas itu dan dikenali dengan nama Kid. Kid berkawan rapat dengan Dira (Memey Suhaiza) dan ini membuatkan Jeff (Enot) berasa cemburu dengan Kid. Tiba-tiba berlaku pembunuhan mama Kid dan dia disyaki membunuh. Apakah yang berlaku seterusnya dan apakah rahsia yang Kid simpan? Saksikan sepenuhnya. Lakonan Nabila Huda, Vanida Imran, Ako Mustapha, Memey Suhaiza, Enot, Fahrin Ahmad dan Khir Rahman
Filem animasi ini diterbitkan pada tahun 2007 dan diarahkan oleh Anwardi Jamil. Filem ini menggunakan suara artis antaranya Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin, Mohd Hasrul Syafiq, M. Hafidzuddin Mahmudi, Eric Fuzi, Shafique Danial, Al-Rusydi, Sabri Yunus, Mohd Rahim Dalmia, Vanidah Imran, Mat Over, Isma Aliff
Kepulangan Syawal ke kampung setelah dibebaskan disambut dengan kasih sayang orang tersayang, kakaknya Teh dan kekasih hati Som. Tetapi iri hati ibu Som terhadap Teh menyebabkan hubungan cinta mereka tidak kesampaian. Adakah Som ditakdirkan untuk Syawal? Saksikan sehingga babak terakhir telefilem lakonan Rosyam Nor, Vanida Imran, Fauziah Nawi, Jalil Hamid, Maimon Mutalib dan Yalal Chin.
Mami Jarum ialah seorang yang angkuh dan menganggap dirinya sahaja yang sempurna. Sikap mementingkan harta kedudukan serta mencari kesalahan orang lain, selain bercakap besar merupakan tabiat buruk yang telah sebati dalam dirinya. Setelah diceraikan oleh suaminya, Mami Jarum tinggal bersama dua orang anak gadisnya. Anak sulung, Shiqah, bekerja sebagai setiausaha sulit di sebuah syarikat besar. Manakala anak bongsunya, Syafinaz, merupakan pelajar universiti. Mami Jarum mempunyai adik perempuan bernama Azizah Bee, seorang surirumah yang berkahwin dengan Piee, lelaki yang telah berusia...
“Akhirat” merupakan senaskah coretan tinta hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci Mira (Vanidah Imran) kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat mengerunkan.
Kesangsaraan ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Namun konflik melanda bila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira melakukan sesuatu diluar dugaan dengan merancang menyatukan Amran (Tony Eusoff) dengan Noni (Nabila Huda). Amran yang kecewa dengan tindakan Mira menuduh Noni cuba mencemarkan nama dan maruah keluarga dengan muslihat tertentu. Keadaan bertambah parah bila Noni pula bersikap semakin liar dan tidak terkawal kerana perbuatan teman lelakinya Ari (Adi Putra). Akhirnya konflik terlerai bila Mira berada di ambang…”Akhirat” dan apakah harga seorang insan di antara dua realiti ini?
Bolehkah Mira melawan takdir yang menimpa dirinya? Bagaimanakah Amran menentang musuh yang sedang memusnahkan rumah tangganya? Adakah Ari akan meninggalkan kehidupan mewah dan kegiatan maksiatnya? Dapatkah Noni menghentikan gelora nafsu batinnya? Bolehkah Dato’ Shamsuddin mengharungi segala dugaan yang melanda keluarganya?
Amir, seorang CEO di sebuah syarikat kurier. Dia mengalami masalah besar apabila kurier berharga RM150,000 didapati hilang. Ini menyebabkan Amir mengalami kerugian dan menyebabkan syarikat yang dibukanya bersama isterinya itu jatuh ke tangan rakan kongsi mereka. Lebih mengecewakan, isterinya Mira tidak pernah memberi kata semangat sebaliknya memperkecil-kecilkan Amir dan sering saja mencari punca bertikam lidah. Pada suatu hari Amir bertekad untuk meninggalkan rumah bagi mencari ketenangan. Amir memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru melalui tujuh perhentian iaitu Nilai, Seremban, Air Keroh, Mahcap, Pulai, Yong Peng dan Skudai. Sewaktu di perhentian pertama dia berkenalan dengan seorang gadis jelita bernama Sue. Dalam masa yang singkat Amir telah jatuh cinta pada Sue, kerana Sue memiliki kualiti yang tidak pernah dimilikinya isterinya. Namun, ketika mereka hampir sampai ke perhentian ketujuh, suatu halangan datang menduga. Amir akhirnya mengetahui bahawa Sue, gadis yang dicintainya itu sudah meninggal dunia, dua hari lalu! Apakah yang akan terjadi di perhentian ketujuh itu?
The movie is about the journey of Amir from Kuala Lumpur to Johor Bahru. Along the way, Amir meets a mysterious but beautiful woman by the name of Sue at all the seven stops that he makes. Intrigued and attracted by Sue, he decides to reveal his true feelings to her at the seventh and final stop and a love relationship develops between the two of them during the short time that they're together.
"Sepi" is another one of Khabir Batia's brainchild that spins three stories with the same theme in common, loneliness. It is a film about the story of a chef named Adam (Afdlin Shauki) stuck in the singledom trying to find a wife, a shoe factory owner, Sufi (Tony Eusoff) who runs to recover from the loss of his wife due to an unexpected car crash, and there's Imaan (Baizura Kahar), a college girl and script writer for the theater who carries a strong memory of her past that should be left behind.
Pertama di Malaysia ! Bintang kegemaran anda akan menari untuk anda!Sebuah program hiburan yang mengetengahkan personaliti popular Malaysia menari berpasangan di hadapan penonton. Mereka akan mempersembahkan rutin tarian yang ditetapkan setiap minggu. Cerita di sebalik tabir persiapan mereka di rumah atau di studio pasti menyentuh jiwa penonton.Penonton juga akan didedahkan kepada persekitaran kehidupan seharian personaliti dan pasangannya. Setiap pasangan akan menari untuk pusat kebajikan yang telah ditetapkan untuk mereka. Penaja akan mendermakan lebih RM40,000 sekiranya mereka berjaya meneruskan persaingan.
Friendship is not a game to play, It is not a word to say, It doesn't start on December and ends on August, It is tomorrow, yesterday, today and everyday.