"JONGKANG JONGKIT"

Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
title

"SPONTAN"

A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
title

"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"

Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
title

"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"

Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
title

"AWAN DANIA : MUSIM 1"

Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
title

"RENJIS MUSIM 2"

Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
title

"RONA RONI MAKARONI"

Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
title

"MERTUA VS MENANTU"

Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
title

Music Video Of The Week

F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY
Showing posts with label Tam. Show all posts
Showing posts with label Tam. Show all posts

Layaria : Laila Sari - Puteri Yang Terbuang


Laila dan Sari adalah dua puteri bunian dari kerajaan Buni Tujuh yang mempunyai jurang perbezaan dan sering bercanggah pendapat di antara satu sama lain. Berbanding dengan Laila yang agresif dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya, Sari lebih rasional dan mengambil berat mengenai perasaan orang yang disayangi.

Sari mula dikejutkan dengan berita daripada ayahandanya yang memutuskan untuk mengahwinkan Laila dengan Maharaja Jati dari kerajaan Buni Tiga. Sari cuba menasihati Laila agar tidak terburu-buru dengan persetujuannya terhadap perkahwinan itu, apatah lagi Laila bakal dikahwinkan dengan lelaki yang tidak pernah dikenali. Laila langsung tidak mempedulikan nasihat Sari, jauh sekali memikirkan mengenai cinta kerana dia mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk menjadi Maharani Buni Tujuh. Kerana risaukan keputusan Laila, Sari bertemu dengan ahli nujum istana bagi mendapatkan tilikan. Tilikan ahli nujum mendapati Laila bakal dikaburi dengan sikap gila kuasa. Kelak dia akan bertukar menjadi seorang maharani yang kejam sehingga mengakibatkan kesengsaraan terhadap kedua-dua kerajaan Buni Tiga dan Tujuh. Demi kesejahteraan rakyat dan rasa sayangnya pada Laila, Sari bersetuju dengan cadangan ahli nujum untuk membuang Laila ke suatu tempat yang jauh dari kerajaan mereka.

Laila bersama dayangnya, Putih mendapati bahawa mereka telah berada di bumi. Mereka bertemu dan mendapat bantuan Izwan, seorang jejaka budiman yang mempunyai impian untuk menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan bagi anak yatim. Namun Izwan sering dihimpit kesusahan kerana diganggu along yang ingin mengutip hutang arwah bapa saudaranya.

Bersama Izwan, Laila mengharungi pengembaraan baru di bumi. Laila perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang tanpa diketahui akan menemukannya dengan erti cinta yang belum pernah dialami. Dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Erry Putra, Tam Suhaimi dan ramai lagi.

Layaria : Siti Tivi



Lakonan Dian P Ramlee, Faraliyana Idris, Tam Suhaimi

Takbir Suci 2


C
redit to bzz07.

Kesinambungan dari Tabir Suci setelah kematian ibu-bapa mereka. Dijaga oleh nenek saudara, Nora masih meneruskan plan jahat untuk memiliki seluruh kekayaan yang ditinggalkan oleh mak angkatnya setelah mak angkatnya meninggal dunia. Apakah niat jahat Nora diberi pembalasan? Tontonlah lakonan Raja Azura, Fauziah Nawi dan Tam.



Takbir Suci 3

Credit to layarskrin.

Kesinambungan dari Takbir Suci 2. Adakah Nora benar-benar menyesali perbuatannya terhadap anak-anak saudaranya? Saksikan lakonan mantap Raja Azura, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Tam dan Farish Aziz.


Takbir Suci 1

Telefilem menyayat hati tentang dendam seorang anak yang dibawa hingga ke mati. Lakonan Datuk Sarimah Ahmad, Nasir Bilal Khan, Ellie Suriyati Omar dan Raja Azura.


Ragam Pemandu (1989)

Hamid seorang yang setia dan kuat bekerja. Dia bertugas sebagai pemandu Rahim yang baik hati. Rahim sering membantu Hamid menyelesaikan masalah yang dihadapinya serta membiayai pelajaran anak-anaknya. Walau bagaimanapun, isteri Rahim, Rubiah, tidak menyukai Hamid. Suatu hari, apabila Rubiah memarahinya, Hamid mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Rahim agak kecewa tetapi dia dapat menolong mendapatkan Hamid kerja di syarikat insuransnya.

Pelakon : Hamid Gurkha, Aznah Hamid, Latiff Ibrahim, Bibi Yem, Azmi Suhaimi


Layar Ria : Gaia The Movie



Gaia The Movie merupakan kemuncak drama bersiri Gaia tentang entiti paranormal tak bertuan yang dibintangi oleh Farish Aziz, Zizan, Nora Danish dan Tam, Intan Ladyana, Kefli.


This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update