"JONGKANG JONGKIT"

Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
title

"SPONTAN"

A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
title

"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"

Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
title

"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"

Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
title

"AWAN DANIA : MUSIM 1"

Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
title

"RENJIS MUSIM 2"

Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
title

"RONA RONI MAKARONI"

Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
title

"MERTUA VS MENANTU"

Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
title

Music Video Of The Week

F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY
Showing posts with label Nasha Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nasha Aziz. Show all posts

Awan Dania

Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....

Puaka Tebing Biru (2007)



Filem ini berkisar tentang Ratna dan Ayu yang berjiran sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah lembut yang bercinta dengan Mohsin. Sementara Ratna, kakak kepada Atilia telah mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Bagaimanapun hasratnya itu dibantah oleh ahli keluarga. Ratna tetap meneruskan cita-citanya sebagai petugas di unit forensik. Namun hidup Ratna tidak pernah tenteram. Dia sering didatangi bayang seorang wanita dan kanak-kanak perempuan. Lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke kampung. Sewaktu di kampung, Ratna mengalami pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan.

The story centres on Ratna who is offered a job in Kuala Lumpur. When her mother refuses to let her go, Ratna runs away from home, leaving behind her mother, sister Atilia and best friend Ayu. Five years on, Ratna is working in a hospital's forensic department where she has to deal with the dead. She is haunted by the image of a woman and that of a child. She decides to return to her hometown to escape from her nightmare. But in her kampung, more weird things begin to happen.

Lakonan : Umie Aida, Fahrin Ahmad, Nasha Aziz

Cinta Luar Biasa (2004)


Filem ini mengisahkan empat rakan karib yang terdiri dari Farah, Husin, Adam dan Hamidah telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun telah berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik. Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta. Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim yang merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor yang agak ‘clumsy’. Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah beberapa pakaian cantik supaya kelihatan lebih menyerlah di pertemuan itu nanti. Bagaimanapun Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah. Selain Husin, teman wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan akrab Farah dan Adam. Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan perasaan yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-citanya mendapatkan Husin. Berjayakah Hamidah melaksanakan niat buruknya menghapuskan Farah teman akrabnya yang menjadi pilihan hati Husin? Siapakah gerangan jejaka bertuah pilihan Farah? Halim, Husin atau Adam?

The movie is based on the relationships of four friends – Farah, Husin, Adam and Hamidah – who promise to meet again 10 years after their graduation. A decade later, Farah is a successful photographer, Hamidah is an entertainment magazine columnist, Husin has become a cameraman and Adam is a music tutor. A comedy of errors follow when the bunch, who each has personal problems, meet in Pulau Langkawi. Farah’s busy schedule does not permit her to fall in love, though she is acquainted with Halim, a bright but bumbling lawyer. Then there’s Husin who has sacrificed much while taking care of his paralysed mother. Hamidah, on the other hand, has long fancied Husin, and dresses to kill for the reunion and does everything she can to attract his attention. As for Adam, he has a jealous girlfriend in Aleya who is envious of the close ties between her beau and Farah, though the duo’s relationship is purely platonic.

Cast : Nasha Aziz, Saiful Apek, Hans Isaac, Shanie



Buli Balik (2006)


Sambungan dari filem Buli: Roy dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin. Menurut Doktor Selina, Roy tiada harapan hidup. Sementara itu Rudy yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan. Rudy yang berada di penjara juga membuat pertaruhan sesama banduan di atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan ingatannya. Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy pulang tetapi Shaff tidak setuju. Adakah Nordin akan membalas dendam terhadap Roy? Filem ini akan merungkai persoalan apakah Nordin yang seringkali dibuli oleh Roy pada filem pertama itu akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang sama.

Taking off six months after the events in the first movie, Nordin ran into his childhood bully, Roy, who is supposed to be dead (after the accident in the first instalment). It turns out that Roy survived the horrible crash, but has lost all his memories. Now that Nordin is inferior to Roy, will he take advantage of this situation and turn the tables around? Or will he really help Roy recover his memory?

Cast : Afdlin Shauki, Hans Isaac, Nasha Aziz, AC Mizal, Umie Aida

Click here to watch

Buli (2004)


Filem ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Nordin yang menghadapi masalah kurang keyakinan diri atau ‘inferiority complex’ akibat bentuk fizikal badannya yang gemuk. Masalah dalaman diri yang bermula sejak dari zaman sekolah ini terbawa-bawa hinggalah dia menjadi seorang eksekutif syarikat komputer di Cyberjaya. Malah dia juga masih lagi menjadi mangsa buli rakan sekolahnya, Roy yang kebetulan muncul di tempat kerja Nordin sebagai pengurus. Ketika menghadapi konflik yang tidak menentu ini, Nordin bertemu dengan pakar sakit jiwa bernama Dr Ika yang kemudian membantu membina semula keyakinan dirinya. Dari situlah berputiknya cinta Nordin dan Dr Ika.

The story is about Nordin, a man with low self-esteem who is constantly bullied by a guy named Roy ever since they were in school. Now that he’s all grown up and working as a software designer in a big company, Nordin thinks his bullying problems are all over. He starts to build more confidence in himself, until in walks the suave and dashing Roy. Soon, Roy starts making life hell for Nordin; even stealing the latter’s work and proclaiming it as his own. Driven to the edge, Nordin does something drastic, and meets the wonderful Dr Ika. With her, Nordin is able to stand up for himself and become a more confident person. However, will he ever be strong enough to face Roy and make him stop his incessant bullying?

Click here to watch

Sepi (2008)


"Sepi" is another one of Khabir Batia's brainchild that spins three stories with the same theme in common, loneliness. It is a film about the story of a chef named Adam (Afdlin Shauki) stuck in the singledom trying to find a wife, a shoe factory owner, Sufi (Tony Eusoff) who runs to recover from the loss of his wife due to an unexpected car crash, and there's Imaan (Baizura Kahar), a college girl and script writer for the theater who carries a strong memory of her past that should be left behind.

Cast : Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Tony Eusoff, Eja, Riezman Khuzaimi



Otai (2008)



Aiman yang sudah punyai isteri, Azura dan sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga tetapi gagal untuk mendapatkan zuriat. Aiman dan Azura mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur, jika mereka tidak mendapatkan zuriat menjelang akhir tahun, seluruh harta milik Tan Sri Mansur akan diberi kepada anak yatim. Azura membuat pemeriksaan dengan doktor, hasil pemeriksaan tersebut mendapati bahawa Azura mempunyai masalah peranakan. Azura telah membuat keputusan bahawa Azura membenarkan Aiman menikah seorang lagi atas tujuan untuk mendapatkan anak disertai dengan 17 syarat. Aiman meminta pertolongan dari kawan karibnya, Sammy untuk mencari calon untuk menjadi isteri yang kedua. Bagaimanapun semua calon ditolak oleh Azura dengan alasan terlalu cantik.

Aiman kemudiannya meminta Sammy mencari Mawar, gadis yang diminatinya sebelum kahwin untuk menjadi isteri kedua. Sammy mengubah imej Mawar untuk meminta persetujuan dari Azura. Apabila Azura setuju, majlis akad nikah pun dijalankan. Semasa majlis akad nikah, kecantikkan Mawar terserlah dan Azura telah jatuh pengsan. Doktor mendapati bahawa Azura telah hamil. Kedatangan ibu Azura memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini menimbukan pelbagai salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Aiman meminta pertolongan Sammy untuk mencari seorang lagi calon untuk menjadikan isterinya. Muslihat itu diketahui oleh Mawar dan Azura dan mereka menyesali atas kelakuan mereka sebelum ini dan berjanji akan berbaik dan menjaga Aiman.


Gerak Khas The Movie (2001)



Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh (Castelo dan Rafayel). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram tersebut. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah yang ditugaskan untuk membantu siasatan. Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat. Sementara itu seorang wartawan TV (Azura) yang membuat liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram (Castelo dan Rafayel) yang selama ini bermusuhan telah bersatu. Mereka merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas. Tindakan mereka dibantu oleh Suzana yang sebenarnya adalah 'mastermind' dalam kegiatan jenayah. Sementara itu konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka sering berbalah. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel.

This film is about a special police unit, headed by Inspectors Mazlan and Aleeza, which was set up to battle major crime syndicates dealing in pirated porn VCDs and ecstasy pills. Two of the major rival syndicates are headed by Castelo and Rafayel. Things are further complicated by the arrival of Inspector Shafikah and a TV journalist, Azura.

Cast : AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Normala Samsudin, Rosyam Nor, Norman Hakim, Nasha Aziz, Mazlan Pet Pet, Yusof Haslam, A. Galak, Zul Yahya


Teleprima : Monalisa




Kisah cinta komedi yang memaparkan seorang Perancang Perkahwinan jatuh cinta terhadap bakal pengantin lelaki dan cuba untuk melupakannya. Lakonan Nasha Aziz, Aqasha, Didie Alias dan Raja Farah.


This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update