"JONGKANG JONGKIT"

Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
title

"SPONTAN"

A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
title

"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"

Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
title

"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"

Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
title

"AWAN DANIA : MUSIM 1"

Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
title

"RENJIS MUSIM 2"

Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
title

"RONA RONI MAKARONI"

Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
title

"MERTUA VS MENANTU"

Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
title

Music Video Of The Week

F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY
Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy dan Tasya yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz,relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya.

Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh. Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku… Saksikan BOHSIA.

Los dan Faun (2008)

Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman. Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat. Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut. Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio. Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?

Kami The Movie (2008)

LYNN adalah seorang gadis pekan kecil yang mengimpikan peluang untuk mengembara dan menjadi seorang penulis yang terkenal. Berdikari dan pandai membawa diri beliau menjual kerja rumahnya kepada pelajar-pelajar di sekolahnya untuk mencari duit lebih untuk membeli sebuah komputer baru. berbekalkan keyakinan diri dan hasrat yang tinggi untuk berjaya sebagai seorang penulis, Lynn juga menulis majalahnya sendiri - KAMI, menggunakan nama samaran Teka Teki.

ALI, anak seorang usahawan, ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya. Seorang yang suka memendamkan perasaan, Ali telah menjalani program pemulihan dadah dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ibu terhadap dirinya. Tetapi melihatkan keretakan perkahwinan ibubapanya yang disebabkan oleh kemerosotan urusniaga bapanya dan kedinginan ibu terhadap dirinya mula memberi tekanan kepada Ali.

SOFIE adalah seorang gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Seperti Ali, Sofie juga membesar melihatkan keretakan perkahwinan ibu bapanya. Kini setelah ibunya meneruskan penceraian buat kali kedua, Sofie mula rasa tertekan menurut kehendak ibunya yang ingin membentuk Sofie sebagai isteri yang sempurna. Pengaruh ibunya juga telah menjejaskan hubungan antara Sofie dengan Ali.

ABU ilah kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan.Seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati Abu sebenarnya menyimpan perasaan sedih kerana sikap dingin bapanya disebabkan peristiwa silam. Tetapi penglibatan Abu dalam kecurian dan pergaduhan merenggangkan lagi perhubungan antara dia dan bapanya.

ADII, sepupu Ali, ialah seorang yang ceria perwatakannya dan sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pendengaran ibunya yang menimbulkan situasi-situasi yang memalukan, Adii sentiasa cuba bersikap positif. Hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web tidak kesampaian apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Tetapi Adii tetap menaruh harapan untuk bertemu dengannya.

Gila Gila Pengantin Popular (2005)

Zul telah pun bertunang dengan Fatimah dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat. Bagaimanapun Fatimah pula telah dipilih menyertai rancangan realiti TV, Akademi Idola dan muncul sebagai juara. Setelah berjaya, Fatimah menggunakan nama Irma. Herman dan Sheera yang mengelola rancangan tersebut bertanggungjawab mengendalikan karier dan imej Irma. Tarikh perkahwinan yang dijanjikan semakin hampir tapi Zul tidak dibenarkan bertemu dengan Irma. Pada satu sidang akhbar, Herman mengumumkan bahawa Irma telah putus tunang. Sementara itu Sheera yang diberhentikan oleh Herman, berazam untuk membantu Zul bertemu semula dengan Irma. Sheera kemudian bertemu dengan Awin, bekas penyanyi dari kumpulan rock. Dengan bantuan Awin dan Mala seorang jurulatih senamrobik yang juga rakan serumah Sheera, mereka berjaya membentuk Zul menjadi seorang artis dan mempertemukan dia dengan Irma dalam satu pertunjukan pentas.

Cinta U-Turn (2008)

Datuk Shuib mempunyai seorang anak bernama Faiz. Dia ingin anaknya itu mengambil alih perniagaan beliau dan mengahwini seorang gadis, Juliana, iaitu anak kepada sahabatnya itu Datuk Jamal. Kekeliruan identiti Juliana berlaku apabila gambar Juliana telah bertukar dengan gambar seorang gadis yang tidak menepati citarasa Faiz. Dengan segala yang berlaku Faiz telah membuat keputusan untuk melarikan diri.

Setelah melarikan diri, Faiz pula berkenalan dengan Hafiz. Sebuah persahabatan telah terjalin diantara mereka dan telah bersama-sama berkerja di sebuah bengkel. Pada suatu hari Juliana datang ke bengkel kereta itu dan telah membuat Faiz jatuh cinta dengannya. Faiz pula sanggup melakukan apa sahaja untuk Juliana sehingga akhirnya berjaya menawan hati Datuk Jamal. Faiz telah ditawarkan kerja di rumah Datuk Jamal sebagai pemandu dan pengawal peribadi Juliana. Dengan segala yang terjadi Juliana berasa kurang senang kerana segala perancangannya telah gagal.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Datuk Jamal berjumpa dengan Hafiz yang memakai rantai pusaka Datuk Shuib. Datuk Jamal lalu membawa Hafiz balik dan diperkenalkan sebagai bakal menantunya. Faiz pula meminta Hafiz meneruskan penyamaran beliau. Berjayakah mereka menyembunyikan identiti masing-masing sebelum Datuk jamal mengetahui perkara sebenarnya?

Festival Filem Malaysia 22

Keputusan penuh Festival Filem Malaysia 22

Anugerah Perdana (14 anugerah)
Filem Terbaik – Papadom
Pengarah Terbaik – Yasmin Ahmad (Talentime)
Pelakon Lelaki Terbaik – Afdlin Shauki (Papadom)
Pelakon Wanita Terbaik – Liyana Jasmay (Papadom)
Lakon Layar Terbaik – Yasmin Ahmad (Talentime)
Cerita Asal Terbaik – Afdlin Shauki (Papadom)
Sinematografi Terbaik – Mohd Nor Kasim (Setem)
Penyunting Terbaik – Faizul Mohd Noh (Setem)
Skor Muzik Asal Terbaik – Syed Ahmad Faizal (Papadom)
Filem Komedi Terbaik – Los dan Faun
Filem Animasi Terbaik – My Telatori (The One Academy of Communication Design)
Filem Pendek Terbaik – Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia)
Filem Digital Terbaik – Aathma (Demaz Entertainment)
Filem Dokumentari Terbaik – Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)

Anugerah Cipta (11 anugerah)
Pengarah Harapan – James Lee (Histeria)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mohd Shafie Naswip (Talentime)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam)
Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Setem)
Penataan Bunyi Terbaik – Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Mohd Hadziq (Syurga Cinta)
Pelakon Harapan Lelaki – Zahiril Adzim (Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita – Jaclyn Victor (Talentime)
Pereka Kostum Terbaik – Shen Imagineering (Cicakman 2)
Lagu Tema Asal Terbaik – Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)
Poster Terbaik – Histeria

Filem Box-Office – Geng Pengembaraan Bermula
Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Omar Man
Anugerah Pelakon Veteran Wanita – Mariani Ismail
Anugerah Pelakon Veteran Lelaki – S.Shamsudin

Penerima Anugerah Khas Juri
Talentime
Kami The Movie
Histeria
Geng Pengembaraan Bermula

Rimba Malam (1992)

Lakonan Mustapha Kamal, Aida Rahim, Malek Noor, Ramziela, Nanu Baharuddin

Raja Melewar (1998)

Sekitar tahun 1760-an, beberapa kawasan yang sekarang terkenal dengan nama Negeri Sembilan adalah di dalam naungan kerajaan Johor. Tetapi kerajaan itu tidak berupaya membantu penduduk di situ dari ancaman perompak dan sengketa sesama sendiri. Akhirnya penghulu-penghulu luak di situ mengambil keputusan menghantar wakil untuk memohon seorang Putra Raja dari Pagar Ruyong, Minangkabau (Sumatra Barat) supaya dijadikan Raja mereka.

Bilut (2006)


Pada tahun 1960 Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau. Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia yang menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis di kawasan hutan itu. Namun segala cabaran dihadapi dengan cekal dan kemudian kejayaan awal hadir dalam hidupnya apabila anaknya, Yusof, menjadi satu-satunya anak Felda yang melanjutkan pelajaran di Brussels dalam jurusan pentadbiran. Di Brussels, Yusof menjalinkan hubungan cinta dengan Khaty, rakan sekuliahnya tetapi mendapat tentangan keluarga Khaty kerana anak seorang Peguam Negara tidak wajar menjalinkan hubungan dengan anak peneroka. Yusof akur dengan hakikat kehidupan dan kesedihannya itu menjadikan dia lebih rapat dengan Lisa yang juga rakan kuliahnya sehinggakan dia bercadang untuk mengambil Lisa sebagai isteri. Lisa memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Mazuin. Tapi hasrat Yusof tidak dipersetujui oleh bapanya, Yazid, yang merasakan bahawa sukar untuk berkahwin dengan golongan lebih berada sebagaimana yang pernah dilalui olehnya dengan arwah ibu Yusof dulu. Sementara itu, adik Yusof, Asmah telah dinikahkan dengan Iskandar, kawan Yusof. Namun kebahagiaan Jamilah tidak kekal lama apabila Iskandar hilang di dalam hutan tanpa ditemui lagi. Sejak itu, Jamilah menjadi tidak keruan dan bagaikan kurang waras. Yusof pula berkahwin dengan Saleha, seorang jururawat yang pernah menjaga bapanya di hospital. Hasil perkahwinan itu, Yusof dianugerahkan dua orang anak perempuan kembar, Maimunah dan Maimun. Pada tahun 2006, pembuat filem dokumentari dari Filipina, Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat oleh Felda. Kisah kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan negara Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan filem dokumentari mengenainya. Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti di Brussels pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan Felda. Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era - permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan - dan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan teladan. Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri kehidupan di tanah Felda, Gabriel pulang ke negaranya dan kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk penggambaran filemnya itu.

Gila Gila Pengantin (2003)


This movie tells the story of Aliah, who wants to get married, just like any other girl, but the problem is she has a phobia of the wedding ceremony itself due to a past incident. At the same time, there is another guy who is also facing the same problem. They meet in the cyber world and chat everyday to keep in touch. The problem is that the both of them already have their own partners and when their respective wedding ceremonies loom, the phobia starts to worry them. The cyber buddies will have to choose whether to continue with their weddings with their respective partners, or to stick to each other.

Izinkan Ku Pergi - Tribute to Yasmin Ahmad






Sepet (2004)


19-year old Ah Loong (who also called himself "Jason") is in charge of a stall selling pirated VCDs. Contrary to the stereotype of his social standing, Ah Loong is an incurable romantic with an unlikely hobby: He loves to read and write poetry. Quite content to carry on being the Romeo of the slums, Ah Loong's life takes a sudden turn one day when a Malay schoolgirl, Orked, arrives at his stall. She is in search of films starring her favorite actor Takeshi Kaneshiro. Love blossoms between Orked and Ah Loong, although there are social and racial pressures that stand in their way.

In the end, Ah Loong is involved in a motor vehicle accident while Orked is going to England to pursue her studies. It is not clear if he lived or died until the sequel, Gubra which shows that Jason really did die. After the credits finish rolling however, Orked is shown wearing a wedding ring sleeping beside Jason, who also has a wedding ring. In Mukhsin, Jason and the adult Orked are shown to be living together. However, the adult Orked is not called by her name in this scene as the young Orked is.

Maut (2009)



Cerita 1:

Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.

Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?

Cerita 2:
Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?

Cerita 3:
JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?

Iman Alone (1998)




Mengisahkan pasangan suami isteri yang bersengketa menyebabkan anak mereka menjadi mangsa.

Story of a couple where their marriage is on the verge of divorce and their son is the victim.

Penghujung Malam (1989)




Lakonan Khalid Salleh, Noorkumalasari dan Melissa Saila

Dia Ibuku (1981)



Filem Dia Ibuku (1981) dibintangi oleh Sarimah, M.Jamil, S.Sahlan, Aznah Hamid, Mariani, S.Shamsuddin. Filem ini diarahkan oleh Yassin Salleh.

Bertunang (1983)

Filem Bertunang (1983) dibintangi oleh A.R.Badul, Maria Arshad, Norlia Ghani, Ibrahim Din & Idris Hashim. Filem ini diarahkan oleh M.Amin dan dikeluarkan oleh Sabah Film Production.

Adik Manja (1980)



Filem Adik Manja (1980) diarahkan oleh Othman Hafsham .Filem ini dibintangi oleh Dharma Harun, Noor Kumalasari, Adibah Amin dan Nuraini Hashim. Filem ni merupakan filem terakhir keluaran Studio Merdeka.

Tiada Esok Bagimu (1979)



Filem Tiada Esok Bagimu (1979) diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsuddin, Sarimah, Noor Kumalasari, Yusuf Haslam, Normala Omar & Umi Kalthum.

Menanti Hari Esok (1977)

Filem Menanti Hari Esok (1977) diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsuddin, Sarimah, Noor Kumalasari, Hail Amir & Sarena Hashim.

This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update