Jongkang Jongkit revolves around a dysfunctional family: Tuan Zain, having worked in Japan for 25 years, has many skeletons in his cupboard; his wife, Puan Marlia, rekindles a relationship with her ex-fiance in jealousy; their daughter Lily keeps on falling in love with their drivers. Things take an interesting and comical turn when driver Bad comes into the picture, as he starts to play the role not only of a driver but of a spy, a love interest and a source of potential danger......
"SPONTAN"
A fun and energetic variety sketch show featuring celebrities and seasoned comedians battling against each other to win the best improvisations within that episode, all in the name of fun. Each episode will involve a series of sketches calling for creative and on-the-spot improvisation, followed by segments of audience interaction, topped off by judging by the anchor judge.....
"FIKIRLAH SENDIRI NABIL : MUSIM 2"
Nabil muncul untuk musim ke 2 dengan rancangan stand up komedinya. Saksikan telatah dan lawak jenaka yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri....
"TELEPRIMA : HALIMAH JONGANG"
Telefilem komedi yang memikat ramai penonton. Lakonan Johan RL, Sheera Iskandar. Skrip oleh Zainin Kosnin...
"AWAN DANIA : MUSIM 1"
Kisah Dania seorang flight crew sebuah syarikat penerbangan Air Asia yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang flight attendant. Dia diejek oleh adik beradiknya kerana karektornya yang ganas dan kasar tidak sesuai menjadi seorang pramugari. Ikuti kisah Dania disebalik awan.....
"RENJIS MUSIM 2"
Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan......
"RONA RONI MAKARONI"
Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu......
"MERTUA VS MENANTU"
Drama bersiri komedi ringan ini mengisahkan konflik yang terjadi di antara mentua dan menantu perempuannya. Datin Faridah (Rozie Othman), seorang yang berstatus tinggi berusia mencecah 50-an namun masih menjaga penampilan dan imejnya sebagai bekas isteri kepada arwah tokoh korporat terkemuka Malaysia. Datin Faridah amat cerewet dalam segala hal dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan kerana beliau bukan sahaja seorang yang disegani malahan beliau memang lahir dalam keluarga yang kaya-raya.......
Jangan tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Kamal mencuba pelbagai cara termasuk meminta bantuan Ustaz untuk mengubati dan memulihkan semangat Natasya. Natasya pula tanpa pengetahuan Kamal telah pergi menyiasat punca kematian Baizura dan kenapa Baizura selalu muncul dalam mimpinya.
Penyiasatan Baizura berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk. Apakah Natasya mampu mengatasinya dan apakah punca kematian Baizura?
Kisah seorang banduan yang menghadapi saat-saat ke tali gantung. Lakonan Eman Manan, Azri Iskandar, Radhi Khalid, Sahrolnizam Noor, Safura, Yasmin Isa, Ellie Suriaty, Fauziah Nawi.
Filem ini mengisahkan empat remaja Malaysia mewakili setiap kaum ingin menubuhkan sebuah kumpulan muzik di Kuala Lumpur. Dalam usaha tersebut, mereka menemui banyak ranjau, sehinggalah menemui konsep irama yang mampu mengangkat nama kumpulan mereka. Lebih membanggakan kumpulan itu mengetengahkan muzik terkini dengan unsur alat muzik tradisi.
Harry Lee, the protagonist, returns to KL with news that he has failed in his studies. His autocratic, typically Chinese father is disgusted, and Harry leaves home after a major argument with him. Western-influenced, Harry has faith neither in religion, nor in his mixed-up Chinese roots. He does not have the same ambitions his father had for him: what Harry really wants to do is form a dance-music band and land a major recording deal. Deep down, Harry is determined to prove that he is no "failure". Yati, Harry's childhood friend, is a modern city girl in her early 20s. Although Yati adopts a fashionable lifestyle, she has been raised to believe in her Malay culture and Muslim religion, both of which are under threat in this fast-developing country. Once upon a time, Yati used to sing Syair (traditional Malay poetry). Her personal perspective is a balanced one; she observes her religious rites, but is in no way a fanatic. Harry forms a new band, which comprises Yati, Chantal (a glamorous Eurasian singer), Ariff (a gay keyboard player) and JJ (an Indian percussionist and tabla player). Harry is having an affair with Chantal, an ex-stewardess, the kind of woman first-class passengers give Rolex watches as gifts in the hope of securing a date. Chantal, meanwhile, is on a single-minded quest for fame and fortune, and will do almost anything to get there. Yati wants to warn Harry about Chantal, but is afraid to get involved, as she herself has feelings for him. She realizes it will not be an easy mix if they get together: different ethnic groups, contrasting faiths - Yati and Harry are like two 'gasing', spinning around each other, hoping not to collide
Cast: Ellie Suriaty ... Yati Craig Fong ... Harry Lee Corinne Adri ... Chantal Edwin R. Sumun ... Ariff Sanjeet Jarnail ... JJ Hani Mohsein ... Azri Rosyam Nor ... Zainal Frankie Lee ... Tai-ko Jalaluddin Hassan ...
Trivia : Versi asal Spinning Gasing pada mulanya telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Pengharaman filem ini ditarik balik selepas ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia.
Untuk tayangan di pawagam Malaysia, terdapat 25 adegan yang tidak diluluskan. Rayuan untuk mengurangkan jumlah potongan telah ditolak oleh LPF. Antara babak yang ditapis: Adegan pencegah maksiat menyerbu hotel; Yati dan Harry berendam di dalam laut; Adegan dan dialog lucah & sensitif.
Untuk versi cakera padat video, filem ini telah diluluskan sepenuhnya tanpa sebarang tapisan.
Mencari Syurga mengisahkan isteri pertama mengizinkan suaminya berkahwin kali kedua dan ketiga, malangnya isteri ketiga tamak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri. Saksikan drama yang penuh dengan pengajaran akibat tidak tahu menghargai dan menilai kasih sayang. Lakonan Ellie Suriaty Omar, Fauziah Nawi, Norlia Ghani dan Nasir Bilal Khan.
Telefilem menyayat hati tentang dendam seorang anak yang dibawa hingga ke mati. Lakonan Datuk Sarimah Ahmad, Nasir Bilal Khan, Ellie Suriyati Omar dan Raja Azura.
Kisah tentang Pak Man dan Pak Abu yang bersahabat karib berhajat berkahwin lagi apabila kematian isteri. Jodoh mereka dengan anak dara tua iaitu Salmah dan Salbiah (adik-beradik). Kehidupan mereka bahagia tetapi sebenarnya di belakang mereka, Kak Ton dan Ajis sedang memusnahkan kebahagiaan mereka. Akibat mendengar cerita orang, tanpa usul periksa Salmah menuduh adiknya Salbiah dan Pak Man menghalau Pak Abu keluar dari rumahnya. Apakah kesudahannya? Saksikan lakonan Ida Nerina, Ellie Suriaty Omar, Sidek Husin, Jalil Hamid, Azean Irdawaty, Rusdi Ramli dan Zulhuzaimy.
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hitamnya Hati mengisahkan pengorbanan yang dilakukan seorang ibu dan adik kepada kakak yang cacat bernama Suri. Walaupun Suri cacat, tetapi Suri memiliki hati yang hitam. Ibu dan adiknya, Norma membanting tulang mengumpulkan wang untuk pembedahan muka Suri. Namun wang masih tidak mencukupi. Kekasih Norma, Malik membantu untuk meringankan beban keluarga Norma. Selepas pembedahan, Suri mengatakan perasaannya terhadap Malik kepada Norma. Demi kebahagiaan Suri, Norma meminta Malik melupakannya dan mengahwini Suri demi cinta mereka. Apakah yang terjadi selepas itu? Adakah hidup Suri bahagia?
Drama hebat arahan Rashid Sibir lakonan Ellie Suriaty, Raja Azura, Mariani dan Zulhuzaimy.
Sambungan kisah percintaan antara Nurul Ain dengan Ahmad Daniel. Hubungan mereka kembali teruji apabila Ain mula bersikap dingin setelah muncul orang ketiga. Keputusan Ain menerima pinangan orang lain merupakan tamparan hebat kepada Daniel. Masalah semakin rumit apabila Daniel secara spontan membuat pengakuan bahawa Profesor Dr. Sofiah adalah tunangnya...
This film is about Ahmad Daniel and Nurul Ain's love for each other. Through thick and thin, they have managed to keep in touch through phone calls, SMS and emails. However, when Nurul Ain successfully enters university, she has different goals set and the couple's love begin to waver even more when suddenly Nurul Ain accepts another man's proposal. This comes as a shock to her parents, even more to Ahmad Daniel. As a result, Ahmad gets engaged to one of Nurul Ain's lecturers but Nurul Ain won't let it be. What will happen now?
Friendship is not a game to play, It is not a word to say, It doesn't start on December and ends on August, It is tomorrow, yesterday, today and everyday.