Iman Alone (1998)
Story of a couple where their marriage is on the verge of divorce and their son is the victim.

Kisah percintaan seorang penyanyi kelab malam dengan seorang pemuda kaya tidak mendapat restu daripada ibunya. Ibu penyanyi itu melarang dia bercinta dengan pemuda kaya kerana tidak mahu anaknya dihina. Keluarga pemuda itu juga ingin menjodohkan dia dengan wanita pilihan mereka. Lakonan Azmil Mustapha, Fauziah Ahmad Daud, Rosnani Jamil, Norlida, Lydiawati
Fandi, seorang jurugambar bertemu dengan Lydia, seorang pengawal keselamatan lalu jatuh cinta dan berkahwin. Selepas berkahwin, Lydia menyuruh Fandi berhenti kerja untuk membuat kerja-kerja rumah. Ternyata pertukaran peranan ini tidak sesuai. Lakonan Azmil Mustapha dan Jacqueline Mitchell
Micky dan Dewi adalah pasangan kekasih yang sering bertengkar kerana masing-masing mempunyai minat yang berbeza. Selepas satu pertengkaran besar, Dewi cuba membunuh diri, tetapi berjaya diselamatkan oleh Dr. Arman. Dewi dirawat oleh Dr. Arman dan mereka kemudiannya menjadi pasangan yang bercinta. Konflik timbul apabila Micky muncul kembali dalam hidup Dewi hingga menyebabkannya serba salah kerana dia tahu yang Micky masih cintakannya dan dalam masa yang sama Dr. Arman pula ingin melamarnya sebagai isteri. Dewi perlu membuat pilihan yang tepat.
Filem arahan Othman Hafsham ini diterbitkan pada tahun 1983. Filem ini dibintangi oleh Azmil Mustapha, Julie Faridah, Susan Lankester, Dato' Yusof Haslam, Noraini Hashim, Azmi Mohamad, Omar Abdullah, M.Rajoli, Ahmad Tamimi Siregar, Yasmin Yusof, Mokhtar Dahari ,A.R Ayappan, Sani Sudin, Imuda