F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY

Bilut (2006)

Thursday, August 6, 2009


Pada tahun 1960 Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau. Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia yang menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis di kawasan hutan itu. Namun segala cabaran dihadapi dengan cekal dan kemudian kejayaan awal hadir dalam hidupnya apabila anaknya, Yusof, menjadi satu-satunya anak Felda yang melanjutkan pelajaran di Brussels dalam jurusan pentadbiran. Di Brussels, Yusof menjalinkan hubungan cinta dengan Khaty, rakan sekuliahnya tetapi mendapat tentangan keluarga Khaty kerana anak seorang Peguam Negara tidak wajar menjalinkan hubungan dengan anak peneroka. Yusof akur dengan hakikat kehidupan dan kesedihannya itu menjadikan dia lebih rapat dengan Lisa yang juga rakan kuliahnya sehinggakan dia bercadang untuk mengambil Lisa sebagai isteri. Lisa memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Mazuin. Tapi hasrat Yusof tidak dipersetujui oleh bapanya, Yazid, yang merasakan bahawa sukar untuk berkahwin dengan golongan lebih berada sebagaimana yang pernah dilalui olehnya dengan arwah ibu Yusof dulu. Sementara itu, adik Yusof, Asmah telah dinikahkan dengan Iskandar, kawan Yusof. Namun kebahagiaan Jamilah tidak kekal lama apabila Iskandar hilang di dalam hutan tanpa ditemui lagi. Sejak itu, Jamilah menjadi tidak keruan dan bagaikan kurang waras. Yusof pula berkahwin dengan Saleha, seorang jururawat yang pernah menjaga bapanya di hospital. Hasil perkahwinan itu, Yusof dianugerahkan dua orang anak perempuan kembar, Maimunah dan Maimun. Pada tahun 2006, pembuat filem dokumentari dari Filipina, Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat oleh Felda. Kisah kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan negara Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan filem dokumentari mengenainya. Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti di Brussels pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan Felda. Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era - permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan - dan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan teladan. Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri kehidupan di tanah Felda, Gabriel pulang ke negaranya dan kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk penggambaran filemnya itu.

0 comments
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update