F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY

Bintang Hati (2004)

Wednesday, December 17, 2008

Walaupun bergelar penyanyi terkenal, Syakila tidak berpuas hati kerana belum dapat mengatasi populariti penyanyi Jelly. Lagu-lagu nyanyian Jelly mengatasi lagu nyanyian Syakila dalam carta lagu top ten. Sikap ego dan tidak berdisiplin Syakila sering mendatangkan masalah pada Tasya, pengurus Syakila. Tasya terpaksa mengatasi dan menutup kelemahan Syakila untuk tidak menjejaskan kedudukkannya sebagai penyanyi kesayangan.

Satu ketika Jun, seorang komposer, dipertanggungjawab menyiapkan sebuah lagu untuk Syakila. Malangnya Syakila enggan bekerjasama sedangkan Jun perlu menyerahkan pita lagu pada penerbit album Fazli secepat mungkin. Untuk mengatasi kebuntuan, Jun terpaksa merakamkan lagu mengunakan suara Tasya. Sebaik saja mendengar rakaman demo, Fazli mengarahkan anak buahnya mengedarkan lagu terbaru Jun itu (berjudul Sesedang) serta merta.

Jun tidak berkesempatan memberitahu lagu tersebut sebenarnya adalah nyanyian Tasya, bukan Syakila. Lagu Sesedang berjaya memasuki carta lagu popular dan akhirnya mengatasi lagu nyanyian Jelly. Anehnya Syakila sendiri percaya lagu Sesedang adalah hasil rakaman suaranya. Fazli mengarahkan Tasya mengatur promosi road tour ke seluruh Malaysia untuk Syakila. Walau dalam dilema, Tasya cuba mengatur strategi agar pembohongan tidak terbongkar. Sepanjang pertunjukkan promosi, Syakila mengunakan teknik suara latar (tanpa perlu menyanyi secara live).

Road tour 'Sesedang' turut disertai seorang wartawan hiburan bernama Izad. Syakila mengambil kesempatan untuk memikat Izad. Di dalam salah satu acara promosi, Syakila telah dikerumuni para peminatnya yang fanatik. Syakila menyalahkan pengurusan Tasya yang tidak menyediakan bodyguard untuk mengawal keselamatannya. Izad membantu dengan menawarkan anak-anak buahnya (kumpulan Spider) untuk menjadi bodyguard Syakila. Mulai detik itu, road tour 'Sesedang' berjalan lancar dan terkawal. Hubungan Izad dan Tasya juga menjadi semakin mesra. Syakila cemburu dengan keintiman mereka dan mahu pastikan Tasya tersingkir dari road tournya. Apakah yang akan terjadi apabila Tasya disingkirkan? Bagaimana Syakila meneruskan pembohongan tanpa bantuan Tasya? Dapatkah dia memiliki cinta Izad?

Lakonan Amy Mastura, Anuar Zain, Fasha Sandha


0 comments
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update