.. kesakitan yang tidak tertanggung semasa bersalin bagaikan lenyap begitu sahaja bila melihat wajah anak yang dilahirkan.... Bertambah bahagia bila zuriat tunggal yang dilahirkan kembar....
... Sayang Ismail (Dato' Rahim Razali) dan Tijah (Fauziah Nawi) kepad kedua-dua kembar Qabil Khushry dan Qabil Igam bagaikan melimpah ruah... Itulah racun. Itulah penawar. Di tatang bagai minyak yang penuh semenjak tapak kaki sebesar ibu jari... Itulah cinta sejati, seorang ibu kepada anaknya....
... Sayang Qabil Khusjry (Hans Isaac) terhadap adiknya Qabil Igam (Rusdi Ramli) bagai tersimpul semenjak mereka di dalam perut ibu mereka... Manjanya Qabil Igam (Rusdi Ramli) kepada abangnya Khushry pula bagaikan menyerahkan seluruh nywanya di telapak tangan Khushry... Itulah cinta antara dua beradik kembar tidak seiras ini...
Rani (ZIana Zain) menyimpan hati kepada Khushry semejak di bangku sekolah. Adinnya Karisma (Erra Fazira) pula memuja Igam meskipun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam... Lalu cinta mengikat dua keluarga jadi satu...
Sesungguhnya putaran hidup mereka sekeluarga di penuhi wangian cinta... Pun begitu kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit... Lalu pelbagai keputusan dan juga pengorbanan terpaksa dibuat... Harapan mereka cuma satu, semoga cinta kembali bertaut mekar, tapi ianya membuatkan mereka semakin terjerut... Setiap langkah yang diatur bagaikan menyiram minyak ke istana yang cuba di bina...
Ismail dan Tijah amat mengasihi Igam. Dan kerana kasih, mereka menelan setiap rasa pahit yang mendatang...
Karisma amat mencintai Igam, tetapi kenapa ada orang ketiga...?
Kedua-dua Qabil Khushry dan Qabil Igam tidak pernah diminta untuk dilahirkan bersama, tetapi mereka juga sama sekali tidak ingin dipisahkan... "Tuhan, jangan pisahkan kami..."...
Lakonan : Hans Isaac, Rusdi Ramli, Erra Fazira, Ziana Zain
Total Visitors
Subscribe via email
Labels
Blog Archive
I made this video playlist at myflashfetish.com