F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY

Layar Ria : Kembalikan Amanda

Wednesday, October 15, 2008




KES pembunuhan kejam kanak-kanak tidak berdosa, Nurin Jazlin Jazimin dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar yang masih menjadi misteri sampai hari ini turut meninggalkan kesan mendalam pada pelakon dan penerbit drama, Haliza Misbun.


Malah, kata Haliza, sejak kes Nurin dan Sharlinie yang mendapat liputan meluas akhbar tempatan itu, dia juga terpanggil menghasilkan telefilem berkaitan isu kehilangan kanak-kanak, sekali gus memenuhi tanggungjawab sosialnya pada masyarakat.

"Saya mendapat idea untuk menghasilkan telefilem Kembalikan Amanda ini sejak membaca kes Nurin dan terbaru, kolum khas 'Kembalikan Sharlinie' yang disiarkan akhbar tempatan sejak kebelakangan ini.

"Justeru, saya berharap kisah ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk membendung gejala tidak sihat ini daripada berleluasa dan memastikan negara ini tempat selamat untuk didiami kanak-kanak," katanya.

Selaku penerbit dan pelakon utama telefilem itu, Haliza turut berhadapan dengan cabaran untuk merealisasikan telefilem berkenaan.

"Sebanyak 98 peratus penggambaran telefilem ini dibuat pada waktu malam. Penggambaran juga bermula dari jam 6 petang hingga 6 pagi keesokan harinya.

"Bagi menghidupkan lagi jalan cerita, kami juga memilih lokasi Flet Pekeliling, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan saya difahamkan, lokasi penggambaran kami itu pernah berlaku kejadian bunuh diri sebelum ini.

"Ketika penggambaran telefilem ini, suasana di flet itu sunyi dan menyeramkan pada waktu malam. Maklumlah, tidak ramai penghuni yang masih tinggal di blok berkenaan kerana ramai penduduk sudah dipindahkan ke penempatan baru," katanya.

Haliza berkata, apa yang menarik, telefilem genre seram arahan Azizi Chunk Datuk Adnan ini diselitkan elemen komedi supaya jalan ceritanya lebih seimbang. Skrip telefilem ini juga dihasilkan Sofia J Rhyland.

"Contohnya, watak Munir lakonan Cat Farish yang menjadi teman lelaki Erika dalam cerita ini yang kemunculannya pasti membuat penonton tidak berasa bosan.


1 Comment
  1. Anonymous Said,

    Sharimietv..terlepas tgk citer..tgk gambar seram giler...mintak upload pls ty

    Posted on June 25, 2010 at 12:17 AM

     
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update