Filem ini mengisahkan lima pelajar jurusan seni persembahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Rozan, Mira, Ika, Didi dan Tris dipilih mengadakan lawatan sambil belajar selama tujuh hari ke Jogjakarta, Indonesia. Mira agak pendiam dan berdarah kacukan Indonesia, Tris pula rugged dan agresif manakala Ika gadis lembut dan tidak suka aktiviti lasak. Rozan pula sentiasa menganggap dirinya ketua dan menaruh hati pada Mira. Dia juga tidak percaya dengan hantu. Didi pula lelaki berkaca mata dan penakut. Mereka dibawa melawat Muzium Kesenian Jogja yang menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan muzik sejak zaman kerajaan Majapahit, Matara, Hindu hinggalah zaman Mataram Muslim. Antara puluhan artifek dipamerkan, Tris tertarik dengan gong purba yang kecil dan cantik. Kurator Muzium menerangkan gong purba itu digunakan untuk majlis kraton tetapi sejak hujung kurun ke-17, ia tidak lagi digunakan selepas tragedi membabitkan keluarga pembesar kraton. Sumpahan gong itu terjadi jika ia dipukul lima kali. Pelbagai kejadian berlaku apabila Tris membawa pulang gong itu.
Lakonan : Jehan Miskin, Fasha Sandha, Faisal Yusof, Sharifah Sofea, Elyana
Click here to watch
0
comments
Post a Comment
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768
Total Visitors
Subscribe via email
Labels
Blog Archive
I made this video playlist at myflashfetish.com
Riwayat Cinta
Jangan Pernah Berubah