F♥ЯЄvЄЯ ΛnD Λ♪WΛЧ$

YOUR POST TITLE

MM-DD-YY

Farhan Azizan Videos Collection

Tuesday, October 14, 2008

Nur Farhan binti Azizan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Nur Farhan bt Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan (lahir 21 Ogos 1984) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Farhan merupakan anak sulung kepada Azizan Mohd. Khir dan Maliza Abd. Wahab. Beliau berasal dari Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik. Sebelum diterima memasuki Akademi Fantasia, beliau membantu keluarganya dalam pengurusan model dan menjadi pembantu pelatih gym.

Farhan dibesarkan di Kuala Lumpur dan pernah dibesarkan di Taman Pelangi, Johor Bahru. Beliau pernah merantau hinggakan mempunyai keluarga angkat di Australia. Ayahnya berasal dari Kancut, Kedah manakala ibunya berasal dari Batu Pahat, Johor.
Farhan pernah tinggal dan bersekolah di Johor, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Singapura. Beliau fasih berbahasa Mandarin disebabkan beliau pernah bersekolah di Sekolah Perempuan Peng Hua, Pulau Pinang selama empat tahun.

Beliau mempunyai kemahiran refleksologi dan mengait benang. Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli sukan menembak untuk negeri Pahang peringkat junior dalam tahun 1997 dan 1998. Beliau juga pernah menjadi pengajar kecergasan di pusat "Clark & Hatch" di Pulau Pinang pada tahun 2002.

Farhan yang tidak pernah mendapat latihan secara formal itu mula menyertai pertandingan nyanyian ketika berusia 12 tahun di Kuantan, Pahang dan ketika itu berusia 12 tahun. Beliau ketika itu mendapat tempat kedua dengan lagu bertajuk "Killing Me Softly" dan dikhabarkan ketika itu beliau tertelan gula-gula getah. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Pesta Lagu Melayu Asli pada tahun 1999 dan pernah mewakili negeri Pahang. Walau bagaimanapun, beliau telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Beliau mula membuat persembahan di hotel sejak tingkatan lima dan hampir mendapat kontrak untuk menyanyi di sebuah hotel sebelum memasuki Akademi Fantasia. Sewaktu menyanyi di Hotel Sheraton, beliau pernah menambat hati seorang penerbit album yang pernah menerbitkan album kumpulan TLC dan mendapat tawaran membuat album Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat. Tawaran itu ditolak memandangkan Farhan masih muda.

Beliau juga merupakan "regular singer" bagi Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail. Beliau juga pernah menyertai Bintang RTM dan Malaysian Idol untuk musim pertama dan kedua. Walau bagaimanapun, pencapaian paling tinggi ialah "40 teratas" bagi Malaysian Idol kedua.

Beliau meminati penyanyi Shirley Bassey, Chaka Khan dan Sheila Majid. Pelakon kegemarannya pula ialah P. Ramlee, Zain Ahmad, Zaiton, Saadiah, Siti Tanjung Perak, Umi Kalthom. Kebolehan beliau adalah membawakan muzik muzik klasik dengan husky vocalnya dan beliau meminati muzik bigband.

Trivia
* Suara Farhan digunakan untuk lagu tema Sehati Berdansa iaitu program realiti tahun 2007 yang diterbitkan oleh Astro Ria.
* Menyanyikan lagu tema drama bersiri Cinta & Keadilan (Rashid & Co) siaran Astro Ria berjudul Kau Cinta.
* Menyanyikan lagu dari album runut bunyi filem Malaikat Maut iaitu Pintu-Pintu Nyata ciptaan Zul Mahat.

Anugerah & Pencalonan
Anugerah Era 2007
* Vokal Wanita Pilihan - Top 5

Anugerah Planet Muzik 2007
* Artis Wanita Baru Terbaik - Top 5

Anugerah Industri Muzik 2007
* Artis Baru Terbaik - Top 5
* Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album - Top 5 (Best of Farhan)


0 comments
This site is best viewed with Google Chrome 1.0 or higher at a minimum screen resolution of 1024x768

Total Visitors

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Labels


Blog Archive


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Riwayat Cinta Jangan Pernah Berubah

Fikirlah Sendiri Nabil Musim 2

Posted by Amy
08-25-09

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted by Amy
08-25-09

Spontan

Posted by Amy
07-24-09

Layaria:Kristal Hitam

Posted by Amy
08-31-09

Any Question?

Latest Viewers Update